web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Terima Peruntukan Terbesar, RM1.2 Bilion Naik Taraf Sekolah Daif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 5:48PM

RM1.2 bilion disediakan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah daif. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar sebanyak RM55.6 bilion daripada keseluruhan Bajet 2023, berbanding RM52.6 bilion tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu kira-kira RM2.3 bilion diperuntukkan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat.

Menurut beliau, sejumlah RM1.2 bilion pula disediakan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah daif, termasuk bagi menggantikan bangunan kayu lama untuk keselesaan pelajar, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ia melibatkan 123 sekolah di Sabah dan 182 lagi di Sarawak.

“Bagi memenuhi keperluan penduduk setempat, kerajaan akan mula membina lima buah sekolah baharu dengan kos RM430 juta melibatkan SMK Nabalu (Sabah), SMK Dudong (Sarawak), SK Paya Dusun (Terengganu), SK Cyberjaya 2 dan SMK Denai Alam (Selangor) pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Tengku Zafrul, sejumlah RM1.1 bilion diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah agama. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad