web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tempoh Hayat Kenderaan Ini 20 Tahun, Tetap Diguna Hingga 2027’ - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 8:55AM

Kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jenis PT-91M rosak di laluan Jalan Damansara, baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jenis PT-91M yang rosak di laluan Jalan Damansara, baru-baru ini tetap akan digunakan sehingga 2027 sebelum diganti, memandangkan tempoh jangka hayat penggunaan kenderaan itu adalah selama 20 tahun.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenderaan itu memasuki inventori Tentera Darat pada tahun 2007 dan satu daripada aset strategik pasukan terbabit.

“Tempoh jangka hayat penggunaan (casting policy) kenderaan ini adalah selama 20 tahun.

“Kereta kebal ini akan digunakan sehingga tahun 2027 sebelum diganti dengan kereta kebal jenis lain, mengikut peredaran teknologi dan keperluan strategik negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus pada Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 mengenai apakah kerosakan kereta kebal PT-91M semasa raptai Hari Kebangsaan lalu adalah isyarat ia sepatutnya ditukar baharu.

Hishammudin berkata, kejadian kerosakan sebuah kereta kebal Tentera Darat pada 26 Ogos lalu sebaik selesai melaksanakan raptai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-65 di hadapan Muzium Negara di sini, disebabkan kegagalan fungsi pada fuel injection pump (FIP) kerana ‘wear and tear’ komponen tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kerosakan terbabit tidak menjejaskan fungsi utama kereta kebal itu untuk melaksanakan operasi.

“Kereta kebal ini juga diselenggara secara berkala melalui kontrak senggaraan dan pembaikan yang masih berkuat kuasa.

“Pembaikan segera dibuat pada hari sama dan kereta kebal tersebut menyertai semula raptai perarakan pada keesokan hari,” katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pihak Tentera Darat mengaturgerak sebanyak 129 aset pertahanan darat bagi menyertai perarakan Hari Kebangsaan pada kali ini, bukanlah sekadar untuk mempamerkan kegagahan anggotanya sahaja.

“Malah mempamerkan kehebatan dan kesiapsiagaan aset tempur dari setiap cabang perkhidmatan yang merangkumi elemen tempur, bantuan tempur serta bantuan khidmat.

“Oleh itu, janganlah hanya memberi fokus terhadap perkara kecil yang sebenarnya sudah diselesaikan dalam masa singkat, sebaliknya fokus utama adalah terhadap tahap keupayaan dan kesiapsiagaan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara,” tegasnya.

Menjawab persoalan Hasanuddin adakah kerajaan mempunyai perancangan menempatkan PT-91M di Sabah dan Sarawak, Hishammuddin berkata, berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Tentera Darat (Army 4nextG) 2021-2050, pihak Tentera Darat merancang menubuhkan sebuah lagi rejimen kereta kebal di Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Ini bertujuan mengimbangi keupayaan keseluruhan kuasa tempur Tentera Darat bagi mempertahankan kedua-dua wilayah Malaysia secara serentak.

“Kesimpulannya, Tentera Darat sentiasa memastikan keupayaan aset berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, bagi membolehkannya melaksanakan misi dan beroperasi dengan berkesan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial mengenai kejadian sebuah kereta kebal milik ATM rosak di Jalan Damansara di sini, sehingga mengakibatkan trafik di laluan itu sesak.

Perkara itu dimaklumkan pusat Info Trafik Kuala Lumpur dalam ciapan di Twitter pada jam 10.29 pagi hari kejadian.

Kelihatan beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran kenderaan ketika proses pengalihan dilakukan.

Hampir sejam, kereta kebal itu ditunda pasukan ATM. – Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad