web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelonggaran Kepada Majikan Yang Terlewat Mengambil Pekerja Asing - Imigresen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 6:40PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kelonggaran kepada majikan yang terlewat untuk mengambil pekerja asing, dengan maksima tempoh yang dipertimbangkan adalah selama 10 jam, dengan syarat majikan boleh dihubungi dalam tempoh berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata majikan juga boleh diwakili oleh pihak yang dilantik, atau agensi pekerjaan swasta dengan mengeluarkan surat perwakilan kuasa.

Beliau berkata peraturan mewajibkan majikan mengambil pekerja asing di pintu masuk dikuatkuasakan sejak 2014 dan penetapan tempoh pengambilan pekerja asing pada waktu berkenaan asalnya ditetapkan selama 72 jam, sebelum dipendekkan kepada 48 jam, dan seterusnya kepada 24 jam.

“Bermula 2015, tempoh masa untuk majikan mengambil pekerja asing adalah enam jam,” katanya.

“Rasional pelaksanaan ini adalah bagi memastikan semua pekerja asing baharu mempunyai majikan yang sah dan tidak menjadi mangsa pemerdagangan orang atau tinggal sebagai pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata mulai Januari hingga 3 September lepas, JIM telah menerima permohonan untuk membawa masuk pekerja asing seramai 319,945 dan daripada jumlah itu, sebanyak 308,189 Visa Dengan Rujukan (VDR) telah diluluskan yang merangkumi 247,985 secara eVDR (elektronik VDR) dan 60,204 secara manual.

Katanya 11,756 permohonan masih dalam proses untuk pertimbangan kelulusan dan akan diselesaikan dalam masa tujuh hari bekerja.

Beliau berkata kelulusan VDR diberikan mengikut sektor pembantu rumah asing ialah 25,980; pembinaan sebanyak 17,977; perkhidmatan sebanyak 60,488; perkilangan sebanyak 145,774; perladangan sebanyak 39,008 dan pertanian sebanyak 18,962.

Khairul Dzaimee berkata jumlah pekerja asing baharu yang masuk bagi tahun ini sehingga 2 Okt lepas adalah 118,229 orang, sementara jumlah pekerja asing semasa dalam negara yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah 1,303,398 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad