web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jelajah AKM, Isu Cerun Ketika Monsun Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 9:13AM

Pertanyaan mengenai perkara itu akan diajukan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Impak positif siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ke negeri-negeri dari segi sosial dan ekonomi serta kos yang dikeluarkan dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan mengenai perkara itu akan diajukan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan. 

Turut dijangka menjadi tumpuan ialah pertanyaan Datuk Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) mengenai perancangan dan persediaan Kementerian Kerja Raya bagi memantau cerun-cerun berisiko tinggi di kawasan Parlimen Cameron Highlands ketika musim peralihan monsun timur laut yang diajukan kepada Menteri Kanan Kerja Raya.

Dalam sesi sama, Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) juga akan mengajukan pertanyaan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai status terkini pemasangan jalur lebar satelit di Sabah berikutan capaian Internet yang masih lemah terutamanya di kawasan luar bandar. 

Pada Waktu Pertanyaan Menteri, Azizah juga meminta Perdana Menteri menyatakan status semasa tindakan yang telah dilaksanakan kerajaan berkenaan isu tuntutan pihak yang mendakwa Kumpulan Sulu.

Turut tersenarai ialah pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Kanan Kerja Raya mengenai punca kejadian lubang mendap di tengah-tengah jalan yang berlaku di Butterworth, Pulau Pinang dan tempoh serta kos yang diambil untuk membaikinya selain membangkitkan kejadian serupa di beberapa bandar utama dalam negara sebelum ini. 

Persidangan hari ini juga akan menyaksikan pembentangan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Penculikan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Senjata (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2022, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.3) 2022 dan Rang Undang-Undang Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 2022 untuk bacaan kali pertama. 

Selain itu, mesyuarat juga dijangka tertumpu kepada perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi bacaan kali kedua.

Pada sesi itu, Menteri Kesihatan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dijangka mencadangkan penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan kepada rang undang-undang itu dibentang di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat pada 2 Ogos lepas meluluskan rang undang-undang berkenaan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai 13 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi membolehkan jawatankuasa itu membuat syor-syor untuk meneliti bahagian penguatkuasaan dalam rang undang-undang itu.

Rang undang-udang berkenaan antaranya akan melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) bagi merokok.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 29 Nov. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad