Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


RUU Penubuhan Lembaga Ruminan Negara Dibentang Julai 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 7:00AM

RUU itu dijangka dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada sesi Julai 2023. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) bagi penubuhan Lembaga Ruminan Negara (LRN) kini dalam peringkat draf akhir.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, RUU itu dijangka dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada sesi Julai 2023.

“Kerajaan bersetuju menubuhkan LRN dengan meneliti model bersesuaian bagi memastikan penubuhan lembaga ini, berdaya tahan dan mampu mengatasi isu dihadapi industri ruminan.

“Pasukan Interim Lembaga Ruminan Negara (PILRN) sudah diwujudkan bagi meneliti dan memperhalusi penubuhan LRN, meliputi merangka hala tuju industri ruminan negara, kaedah pengoperasian LRN, menyelaras serta memperkemas jaringan industri melalui libat urus, perundingan dan advokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat berhubung bilakah penggubalan akta Lembaga Undang-undang Ruminan Negara akan dibentangkan di Parlimen.

Ronald berkata, LRN akan memberi tumpuan kepada pembangunan industri ruminan dengan beberapa objektif, termasuk sebagai agensi peneraju pembangunan industri ruminan negara.

Bagi objektif itu, katanya, LRN akan memperkukuh dan mendayaupaya kerangka institusi, kawal selia serta tadbir urus industri.

Katanya, intervensi terbabit juga akan menjadi asas untuk proses penjajaran, rasionalisasi dan penstrukturan semula fungsi serta peranan pelbagai jabatan dan agensi sedia ada berkaitan sektor ruminan.

Beliau berkata, LRN juga akan memenuhi objektif untuk meningkatkan populasi asas, produktiviti dan pengeluaran sektor ruminan negara, melalui pelaksanaan program pembangunan industri ruminan dengan sokongan peruntukan dana pembangunan secara strategik serta bersasar.

Jelasnya, ia adalah pengukuhan sekuriti makanan negara dan meningkatkan tahap sara diri (SSL) ruminan negara.

“Objektif lain adalah meningkatkan pendapatan usahawan dan daya saing pasaran industri ruminan negara melalui pembangunan keusahawanan agribisnes, pengukuhan institusi pemain industri serta penerokaan peluang dan akses pasaran lebih kompetitif.

“Selain itu, meningkatkan pelaburan swasta dan transformasi penternak dengan mempelbagai perkembangan model perniagaan berdaya maju dan mampan. Penubuhan LRN berperanan untuk membangunkan industri ruminan secara holistik, berdaya maju dan mampan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, penubuhan LRN selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0, iaitu mencapai sasaran SSL 50 peratus bagi daging lembu dan 100 peratus untuk tenusu.

“(Komitmen ini juga) meningkatkan jumlah bilangan ternakan ruminan dan tahap integrasi ruminan-kelapa sawit.

“Penggubalan RUU bagi penubuhan LRN dalam peringkat draf akhir dan dijangka boleh dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada sesi Julai 2023,” katanya.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Ronald berkata, selepas ditubuhkan, LRN yang dijangka beroperasi secara berfasa mulai tahun depan mampu meningkatkan kemampanan dan pertumbuhan industri ternakan.

Penubuhan LRN dipersetujui dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara, malah selari dengan hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam DAN 2.0 bagi industri ruminan. – Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Proses Pindaan Undang-Undang Nyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Peringkat Parlimen Selesai

3

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Dewan Negara Lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Tangguh Dulu Pengecualian Cecair Vap Nikotin Daripada Akta Racun 1952

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Semasa 14 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Semasa 1 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Semasa 1 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki