web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rafizi Dakwa Syarikat Baharu Dapat Tender Bekal Meriam RM854 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 7:02AM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan syarikat baharu ditubuhkan kurang dua tahun mendapat tender pembekalan sistem meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) Tentera Darat Malaysia (TDM) bernilai RM854 juta.

Beliau mendakwa, hasil semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat tersebut hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan.

Dakwanya, arahan telah dikeluarkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan supaya rundingan terus dengan syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang tiada pengalaman dalam bidang berkenaan.

"Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) reda, proses perolehan pertahanan negara terus berkecamuk akibat campur tangan pimpinan politik kerajaan yang tidak mengendahkan pandangan dan keputusan pimpinan angkatan tentera.

"Saya sudah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti keputusan dibuat di peringkat tertinggi kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

SPH ialah meriam artileri yang digunakan oleh TDM dan diukur antaranya daripada segi keupayaan jarak tembakan dan keperluan mobilisasi atau pengangkutan.

Mengulas lanjut, Rafizi mendakwa, Kementerian Pertahanan sudah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar perolehan itu dilaksanakan melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan.

Namun, katanya, permohonan itu ditolak oleh MOF seperti dimaklumkan wakil Bahagian Perolehan Kerajaan (bagi pihak Kementerian Kewangan), Datin Rosni Mohd Yusoff kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam seperti Datin Rosni dan kakitangan MOF yang pintar menyatakan secara tersirat bentuk campur tangan yang telah berlaku dalam perolehan meriam artileri ini.

"Antaranya, Menteri Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad, sebaliknya mengarahkan supaya perolehan dianugerahkan terus kepada syarikat baharu itu," katanya. 

Justeru Rafizi berkata, beliau akan mendedahkan pelbagai kepincangan lain dalam pembelian meriam artileri SPH itu setiap hari sepanjang minggu ini dan minggu depan.

"Oleh kerana UMNO nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada UMNO jatuh merudum.

"Ia apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini," katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran sama, Rafizi turut melampirkan salinan hasil semakan latar belakang syarikat tersebut yang diperoleh daripada SSM.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu juga memuat naik beberapa salinan surat termasuk surat daripada MA Analytic kepada Perdana Menteri yang merakamkan nota arahan yang menjadi sandaran keputusan MOF mengarahkan ia diberikan kepada syarikatnya.

"Perdana Menteri mencatatkan nota arahannya kepada Menteri Kewangan pada 27 April 2022 seperti berikut: "... YBM MOF, Saya sokong permohonan ini. Sila [......] ambil tindakan segera".

"Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan," katanya.

Dakwa Rafizi lagi, satu Surat Niat kemudian dikeluarkan melantik MA Analytics membekalkan sistem meriam artileri SPH secara rundingan terus. - Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad