web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Beza Rockers Dan Beruk, Jangan Bawa Masalah Rumah Ke Pentas - Awie

Kata Awie, jika mahu rebel, lakukan ia di dalam tulisan dan lagu dan bukan berkelakuan tidak senonoh.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 4:00PM

Menurut Awie penyanyi tempatan harus bijak menyaring tingkah laku yang ingin dibawa ke pentas. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan Wings, Awie mengingatkan semua penyanyi agar menjaga adab semasa membuat persembahan dan tidak menggunakan tiket bergelar bintang rock untuk berkelakuan tidak senonoh.

Menurut Awie, biarpun setiap jenis muzik rock mempunyai budaya yang tersendiri, namun, penyanyi tempatan seharusnya cukup cerdik untuk menyaring tingkah laku yang ingin dibawa ke pentas.

“Ada beza rockers dan beruk. Kita ini ada adab yang sangat tinggi. Saya seru kepada semua penyanyi rock, beradablah. Jangan mulakan benda yang bodoh yang boleh hancurkan adab kita.

“Memang setiap genre rock ada budaya seperti punk meludah, death metal pemujaan, speed metal bermain dengan energi.

“Namun, kita jangan yakan semua. Jangan jadikan anak-anak generasi muda tidak bertamadun,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Konsert Naga Kramat hari ini.

Bukan itu sahaja, pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman juga mengingatkan penyanyi rock agar tidak membawa apa-apa masalah peribadi ke pentas.

“Saya sudah 37 tahun bernyanyi. Jika mahu rebel kita lakukan di dalam tulisan dan lagu. Jangan bawa masalah peribadi kita yang ada di rumah, kita ‘hentak’ di pentas. Penonton yang datang tidak mahu tengok masalah itu.

“Ambil melodi indah dan tulisan yang bagus untuk di bawa. Mana-mana penulisan yang negatif, kita tak perlu. Karakter sudah cukup membangunkan sesebuah band,” katanya.

Terdahulu, vokalis sebuah band tempatan menerima kecaman hebat apabila videonya yang meludah ke arah penonton  semasa membuat persembahan di sebuah konsert menjadi tular.

Namun, pengurusnya membuat sebuah kenyataan menjelaskan perbuatan tersebut tidak disengajakan kerana berlaku renjatan elektrik semasa persembahan. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ini Permainan Politik, Kelantan Sudah Lama Jahanam, Bukan Salah Wings - Awie

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bukit Aman Rekod 14,140 Kes Scam Setakat Ogos, Babit Nilai RM482 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...