web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ini Permainan Politik, Kelantan Sudah Lama Jahanam, Bukan Salah Wings - Awie

Menurut Awie, konsert yang hanya berdurasi satu malam itu tidak terlalu besar impaknya sehingga boleh meruntuhkan akhlak warga negeri itu dengan tiba-tiba.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 12:00PM

Awie - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie kesal dengan tindakan beberapa pihak yang menuduh kehadiran band muzik itu dalam sebuah konsert di Kelantan baru-baru ini, seolah-olah telah mencalarkan imej negeri itu.

Menurut Awie, konsert yang hanya berdurasi satu malam itu tidak terlalu besar impaknya sehingga boleh meruntuhkan akhlak warga negeri itu dengan tiba-tiba. Lagipula, konsert itu diadakan dalam keadaan tertib iaitu dipisahkan tempat duduk mengikut jantina.

Gambar oleh Nooreeza Hashim
Gambar oleh Nooreeza Hashim

“Bagi saya mudah sahaja, kalau manusia itu betul-betul mahu berubah bukan setakat kepada sesuatu yang jahil, mengisi sedikit ruang untuk berhibur adalah tidak salah.

“Untuk rakyat di sana, supaya tidak pergi ke seberang (Thailand) berhibur sehingga tidak tentu arah dan memberi kesan teruk, lebih baik duduk berhibur di negeri sendiri, lagi terjaga dan terjamin.

“Jangan terlalu ekstrem menghalalkan atau mengharamkan sesuatu perkara itu, bagi peluang dan ruang untuk mereka merasa sebelum ada perkara negatif berlaku. Kita gunakan kepandaian kita untuk jadi lebih baik.

“Jangan salahkan Wings yang hanya datang sehari dan buat persembahan di negeri itu dengan menuduh rakyat negeri itu terus itu jadi jahanam, tidak boleh begitu. (Kelantan) sudah jahanam lama dah,” katanya ketika ditemui Getaran pada sesi sidang media Konsert Naga Kramat baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu merasakan ada beberapa pihak seolah-olah  sengaja mencetus isu ini untuk dijadikan bahan kontroversi parti politik tertentu.

Gambar oleh Nooreeza Hashim
Gambar oleh Nooreeza Hashim

“Ini sebenarnya permainan politik. Janganlah, jadikan penganjuran konsert begini sebagai permainan politik, tidak elok.

“Sebaliknya gunakan kelebihan ahli politik yang ada untuk membantu negeri itu untuk menjadi lebih baik, agar rakyat terjamin.

“Kalau nak cerita tentang masalah yang ada di situ, memang dah sedia ada banyak kes dah dengan pelbagai jenayah, itu yang perlu diambil kira, bukan sebab konsert itu. 

“Saya siap selawat dan nyanyi lagu Arab pada malam itu untuk rakyat Kelantan. Sudah masanya kita sedikit terbuka dengan anak muda barulah anak muda akan sokong mereka di samping majukan pelancongan,” tambahnya.

Terdahulu, Wings dijemput menghadiri Konsert Riuh Sokmo pada September lalu Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan Datuk Ramli Sarip. 

Terkini, Wings bakal tampil dengan konsert terbaharu pada 22 Oktober di Zepp Kuala Lumpur. Tiket Konsert Naga Kramat itu sudah dijual menerusi atas talian www.ticket2u.com.my/nagakramat bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama). - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas