web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukit Aman Rekod 14,140 Kes Scam Setakat Ogos, Babit Nilai RM482 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 7:48PM

PDRM mensasarkan penurunan sebanyak 10 peratus bagi kes penipuan dalam talian, menerusi pelantikan selebriti seperti Awie sebagai duta kempen Anti-Scam - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman merekodkan 14,140 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM482 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah itu bagaimanapun mencatatkan penurunan sebanyak 6,561 kes berbanding 20,701 direkodkan dengan kerugian RM560 juta sepanjang tahun lalu.  

“Pembelian dalam talian merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 6,449 kes direkodkan pada tahun ini (Januari hingga Ogos lalu) membabitkan kerugian RM89 juta berbanding 9,499 kes (RM73 juta) tahun lalu.

“Pinjaman tidak wujud pula dicatatkan sebanyak 2,191 kes, melibatkan kerugian RM25 juta berbanding 4,784 kes (RM50 juta) tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Duta Anti-Scam di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Pengarah Urusan Multimedia Creative Solutions Sdn Bhd (MCS) Datuk Steven Lim Boon Siong. 

Acryl Sani berkata, pihaknya turut merekodkan sebanyak 2,379 kes penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kerugian RM151 juta pada tahun ini berbanding 3,195 kes (RM245 juta) tahun sebelumnya.

“Bagi kes Macau Scam pula, sebanyak 2,439 kes direkodkan dengan kerugian RM147 juta pada tahun ini berbanding 1,585 kes (RM84 juta) tahun lalu.

“Sebanyak 549 kes dengan kerugian RM39 juta membabitkan African Scam direkodkan pada tahun ini, manakala 1,460 kes (RM56 juta) dicatatkan tahun lalu,” katanya. 

Beliau berkata, penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) merekodkan 101 kes dengan nilai kerugian lebih RM1.3 juta pada tahun ini berbanding 121 kes (RM1.7 juta) pada tahun lalu. 

“Bagi kes Business Email Compromise (BEC) pula, sebanyak 32 kes direkodkan membabitkan RM28 juta kerugian tahun ini berbanding 57 kes (RM49 juta) pada 2021,” katanya. 

Acryl Sani memberitahu, PDRM mensasarkan penurunan sebanyak 10 peratus bagi kes penipuan dalam talian, menerusi pelantikan 104 selebriti, pempengaruh media sosial, agamawan dan jaguh sukan sebagai duta kempen Anti-Scam. 

Katanya, pelantikan 104 duta tersebut adalah antara usaha PDRM memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung sindiket penipuan yang semakin berleluasa di negara ini.

“Antara selebriti popular tersebut adalah Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie, Datuk Mohd. Shukri Shahabudin atau Hattan dan Zed Zaidi, manakala tokoh sukan tersohor pula adalah Datuk Wira Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia," katanya. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ini Permainan Politik, Kelantan Sudah Lama Jahanam, Bukan Salah Wings - Awie

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ada Beza Rockers Dan Beruk, Jangan Bawa Masalah Rumah Ke Pentas - Awie

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar