web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bubar Parlimen: Pandangan, Cadangan Parti Politik Tidak Pengaruhi Kuasa PM - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 2:32PM

Ismail Sabri berkata keputusan pembubaran Parlimen sepatutnya tidak melibatkan perbincangan secara terbuka. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Segala pandangan dan cadangan yang diutarakan parti-parti politik berkenaan pembubaran Parlimen tidak boleh mengubah dan mempengaruhi kuasa Perdana Menteri untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan beberapa parti politik yang meminta supaya pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat ditangguhkan tidak akan mempengaruhi keputusan beliau namun setiap pandangan dan cadangan akan dilihat dan diteliti.

Beliau berkata keputusan pembubaran Parlimen sepatutnya tidak melibatkan perbincangan secara terbuka termasuk membabitkan parti kerajaan dan pembangkang sebaliknya akan dilakukan sekiranya Perdana Menteri merasakan Parlimen wajar dibubarkan.

“Keputusan pembubaran ini tidak ada kena mengena dengan parti politik lain. Sebelum ini pun tidak pernah dibincang secara terbuka macam ini tentang tarikh pembubaran Parlimen dan sebagainya. Dahulu Perdana Menteri umum bubar, bubarlah Parlimen.

“Mana ada parti politik lain bagi pandangan dan campur tangan dari segi pembubaran. Tak pernah, bukan setakat perundingan dengan parti lain, parti sendiri tidak ada perbincangan dulu,” katanya kepada media selepas majlis perasmian program Idea Bina Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan beberapa parti politik yang tidak bersetuju Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Ismail Sabri berkata sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai kuasa untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen manakala Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pemutus berkenaan perkara itu.

“Ada kata bubar sebelum bentang (Bajet 2023), ada kata bubar selepas bentang (iaitu pada) hari Isnin, ada kata bulan depan, ada kata tahun depan, macam-macam. Kita tunggulah,” kata beliau.

Berkenaan tarikh tamat perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik mengenai sokongan pembangkang ke atas Perdana Menteri, beliau berkata tiada sebarang tarikh ditetapkan namun perjanjian itu berjalan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Kita tak tetapkan tarikh (MoU) sehingga bila, jadi bila Parlimen dibubarkanlah. Bila Parlimen dibubarkan MoU terbatallah,” katanya.

Mengenai dakwaan rundingan  kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa gagal, Ismail Sabri berkata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ada mengadakan pertemuan sebelum ini dan beliau berkata rundingan itu tidak akan selesai dengan sekali pertemuan.

“Ini terutamanya melibatkan perkara-perkara besar seperti kerjasama dalam pilihan raya tentulah sekali jumpa tidak sempurna lagi dan mungkin ada lagi perkara yang perlu dibincangkan jadi akan diteruskan.

“Timbalan Presiden (UMNO) juga dah diminta untuk berbincang (dengan PAS) jadi perbincangan itu diteruskan bukan bermakna gagal, sehinggalah diumumkan gagal maka gagallah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar