Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Eksploitasi, Penderaan Seksual Dalam Talian: Sampai Bila Kanak-Kanak Harus Menjadi Mangsa?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 7:04AM

Jika isu eksploitasi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian tidak diatasi segera, ia boleh memberi impak negatif bukan sahaja terhadap masa depan kanak-kanak terbabit, malah menjejaskan reputasi negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masa Malaysia mengambil pendekatan drastik dalam menangani isu eksploitasi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian, bagi mengelak golongan itu terus menjadi mangsa serta ‘merosakkan’ masa depan mereka.

Penganalisis Jenayah, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, dapatan kajian oleh Dana Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan rakan kongsinya berhubung anggaran 100,000 kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun terdedah kepada jenayah tersebut, sudah cukup membimbangkan.

Menurutnya, jika isu berkenaan tidak diatasi segera, ia boleh memberi impak negatif bukan sahaja terhadap masa depan kanak-kanak terbabit, malah menjejaskan reputasi negara.

Shahul Hamid Abd Rahim - Gambar Fail
Shahul Hamid Abd Rahim - Gambar Fail

“Kanak-kanak ini adalah generasi masa depan negara, jika mereka pernah mengalami eksploitasi atau penderaan seksual, tentu sekali ia akan menyebabkan mental dan emosi mereka terganggu.

“Perkara tersebut akan membantutkan tumbesaran, pendidikan dan hubungan dengan sekeliling. Ia amat berbahaya,” katanya kepada Getaran.

Justeru beliau berkata, kerajaan dan agensi berkaitan, seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memainkan peranan penting dalam membendung isu tersebut daripada terus melarat.

“Jika di luar negara, sebagai contoh di Australia, seseorang itu boleh dihukum dengan berat hanya kerana memiliki gambar porno di dalam telefon bimbitnya.

“Maka, bagi mengelakkan isu terbabit terus berleluasa (di negara ini), lebih baik jika tindakan drastik diambil pihak berkuasa untuk mengekangnya,” katanya.

Shahul Hamid berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memantau sebarang aktiviti anak-anak yang menggunakan telefon pintar, selain memastikan gajet itu tidak digunakan tanpa kawalan.

“Penggunaan telefon pintar, tablet atau komputer tanpa kawalan, antara punca utama isu ini tercetus.

“Bukan kita hendak menghalang penggunaan telefon pintar atau sebagainya, namun perlu ada kawalan dan tidak boleh beri mereka kebebasan sepenuhnya.

“Kita tidak tahu dengan siapa mereka berkomunikasi menerusi pelbagai platfom media sosial hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Profesor Datuk Dr Noor Aziah Mohd Awal berkata, pihaknya giat menjalankan dan menyertai pelbagai program membabitkan keselamatan kanak-kanak dalam era digital ketika ini.

Dr Noor Aziah Mohd Awal - Gambar Fail
Dr Noor Aziah Mohd Awal - Gambar Fail

Bagaimanapun, menurutnya, terdapat satu permasalahan ketara berkaitan jenayah terbabit, iaitu kurangnya penyelarasan antara agensi terlibat dalam menangani isu pengeksploitasian kanak-kanak secara dalam talian.

“Misalnya, apabila ibu bapa, penjaga atau kanak-kanak itu sendiri melaporkan bahawa imej atau video seksualnya (kanak-kanak) disebarkan kepada SKMM, mereka perlu merujuk sendiri ke pihak polis untuk tindakan lanjut diambil terhadap pelaku.

“Kemudian, mereka akan dirujuk pula untuk sokongan dan kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini bermaksud kanak-kanak terbabit perlu mengulangi pengalaman mereka berkali-kali dan ini mungkin menyebabkan mereka menghadapi trauma semula,” katanya.

Susulan itu, Noor Aziah berkata, amat penting untuk pihak kerajaan memastikan bahawa komunikasi yang baik wujud antara agensi terlibat, supaya mereka boleh terus melaksanakan peranan setiap kali menerima laporan.

Ujarnya, ia bukanlah satu-satunya masalah dikesan SUHAKAM berhubung isu jenayah itu dan pihaknya tidak jelas dengan usaha kerajaan melibatkan pembekal kandungan maklumat seperti Facebook, Twitter serta TikTok

Ibu bapa perlu memberi kesedaran awal kepada anak mengenai perkara ‘selamat’ dan ‘tidak selamat’ di dalam talian, supaya peka dengan hak mereka - Gambar Hiasan
Ibu bapa perlu memberi kesedaran awal kepada anak mengenai perkara ‘selamat’ dan ‘tidak selamat’ di dalam talian, supaya peka dengan hak mereka - Gambar Hiasan

“Seperti kita sedia maklum, platform media sosial sedemikian biasanya mempunyai satu saluran aduan mereka sendiri.

“Namun, tanpa usaha kerajaan untuk melibatkan mereka dalam rangkaian rentas agensi tersebut, undang-undang tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya dan sokongan kepada mangsa kanak-kanak terbabit gagal diberikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Aziah berkata, ibu bapa perlu memberi kesedaran awal kepada anak mengenai perkara ‘selamat’ dan ‘tidak selamat’ di dalam talian, supaya peka dengan hak mereka.

“Bukan setakat itu sahaja, ibu bapa perlu memberi satu keyakinan kepada anak mereka untuk memberitahu ibu bapa, sekiranya perkara tidak diingini berlaku dan ianya bukanlah sesuatu yang patut dimalukan,” katanya. - Getaran, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 11 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran