web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu 'Integrity Pact' Tidak Ikut Piawaian Antarabangsa Tidak Tepat - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 7:04AM

Azam Baki menegaskan ketiadaan pemantauan daripada pihak ketiga tidak bermaksud Integrity Pact tidak boleh dilaksanakan secara berkesan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pandangan mengenai pelaksanaan Integrity Pact yang dikatakan tidak mencapai piawaian antarabangsa adalah tidak tepat, kerana ia telah ditambah baik dengan sistem dan garis panduan yang jelas serta relevan pada masa ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata cadangan supaya diwujudkan pihak ketiga sebagai pemantau bebas, bagi menjamin ketelusan proses pembidaan dari tender dikeluarkan kepada syarikat sehingga siap projek, tidak terikat di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang mewajibkannya dilaksanakan, di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“Integrity Pact yang ditambah baik mempunyai sistem dan garis panduan yang cukup jelas, tambahan pula dengan adanya peruntukan baharu yang dimasukkan seperti Seksyen 17A Akta SPRM 2009, ia dilihat relevan dari segi pelaksanaannya buat masa ini.

“Penglibatan pihak ketiga untuk memantau projek-projek kerajaan juga bergantung kepada jenis projek, kerana bukan semua projek sesuai disertai pihak ketiga atas faktor kepentingan dan kerahsiaan kerajaan, misalnya projek melibatkan agensi penguat kuasa atau pertahanan awam dan negara,” katanya kepada pemberita baru-baru ini sempena Hari Ulang Tahun SPRM ke-55 yang disambut semalam.

Azam tidak menafikan terdapat negara yang mempraktikkan mekanisme tersebut bagi menjamin ketelusan dalam urusan perolehan namun, ia bergantung kepada sesebuah negara dan keperluan semasa.

Beliau menegaskan ketiadaan pemantauan daripada pihak ketiga, tidak bermaksud Integrity Pact tidak boleh dilaksanakan secara berkesan.

“Malah, sehingga hari ini, tiada sebarang kajian yang menunjukkan isu rasuah dan salah guna kuasa atau isu ketirisan perolehan kerajaan, dapat diatasi sepenuhnya dengan adanya pemantau bebas,” katanya.

Selain itu, beliau berkata melalui pelantikan pihak ketiga, timbul persoalan mengenai kos projek dengan bayaran perkhidmatan dan nilai kos perlu dipertimbangkan bagi tujuan itu.

Bagaimanapun, Azam berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang penambahbaikan pada masa depan demi kepentingan semua pihak.

Menurutnya Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang diadakan tahun lepas, telah mengesyorkan lima penambahbaikan dan salah satu daripadanya ialah melaksanakan kajian lanjut bagi projek rintis pemantau bebas.

“Sekiranya projek rintis tersebut membuktikan keberkesanan dan adanya keperluan untuk memasukkan pihak ketiga sebagai pemantau bebas bagi meningkatkan ketelusan setiap urusan perolehan kerajaan, maka SPRM akan turut menerima penambahbaikan tersebut demi kepentingan semua,” katanya.

Pelaksanaan Integrity Pact dalam perolehan kerajaan, merupakan salah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Membanteras Rasuah telah dikuatkuasakan mulai 1 Jun lepas.

Azam berkata ia merupakan antara 111 inisiatif yang dilaksanakan di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 untuk meningkatkan integriti, memerangi amalan rasuah serta mengelak sebarang isu berkaitan konflik kepentingan dalam perolehan kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar