Berita Terkini

12 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Rakyat Kecewa PRU-15 Ketika Banjir: Tanda Pagar #UndiBanjir, #UndiRabu Sohor Di Twitter

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 8:36PM

Banjir yang melanda negara pada hujung tahun lepas ternyata masih menjadi trauma kepada rakyat Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial, khususnya di Twitter mula menaikkan tanda pagar #UndiBanjir dan #UndiRabu di platform berkenaan sejak lewat malam semalam, susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Ia sebagai kempen bagi meluah kemarahan dan kebimbangan mereka atas ‘kedegilan’ UMNO yang tetap ingin mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh, walaupun menerima tentangan pelbagai pihak.

Sewajarnya UMNO sebagai antara parti tertua bertapak di negara ini menyedari bahawa tempoh tiga bulan terakhir setiap tahun sering berlaku banjir besar yang pastinya bukan waktu sesuai untuk diadakan pilihan raya.

Tuan Ibrahim Tuan Mat - Gambar fail
Tuan Ibrahim Tuan Mat - Gambar fail

Malah, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat menerusi kenyataannya pada 25 September lalu, menyifatkan PRU-15 sangat tidak sesuai diadakan pada November, susulan negara dijangka menerima taburan hujan lebih daripada biasa pada waktu itu, sekali gus berisiko mendatangkan banjir.

Katanya, jangkaan terbabit dibuat agensi di bawah kementeriannya, iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“MET Malaysia menjangkakan seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pada pertengahan November ini negara akan terima taburan hujan lebih daripada biasa dan kadar banjir pun biasa mula. Kita berwaspada lebih awal risiko pada pertengahan November, kalau kita buat pilihan raya masa itu memang sangat tak sesuailah.

“Bila ada pihak kata banjir nanti nak turun juga, respon daripada orang ramai saya rasa kalau 1,000 bagi komen, 1,000 marah,” katanya.

Rakyat masih trauma dengan banjir besar yang melanda negara pada tahun lepas, justeru adakah wajar PRU-15 diadakan ketika banjir? - Gambar fail
Rakyat masih trauma dengan banjir besar yang melanda negara pada tahun lepas, justeru adakah wajar PRU-15 diadakan ketika banjir? - Gambar fail

 Justeru, dalam situasi berisiko seperti itu, netizen menyifatkan UMNO sepatutnya mengutamakan keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan memenuhi kemahuan peribadi atau mendambakan kuasa, sehingga seolah-olah sanggup mengetepikan kepentingan nyawa mereka.

Tanda pagar berkenaan turut menyaksikan beberapa pemimpin politik terpanggil membuat ulasan, termasuk Pengerusi Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“#UndiBanjir. It is then. UMNO mahu lawan, rakyat akan lawan. Kita sudah melakukannya sekali dulu, kita akan melakukannya sekali lagi. Mari melakukan ini.

“Nampak gaya UMNO masih tekad mahu adakan PRU walaupun warning (amaran) awal banjir sudah dikeluarkan. Takpa (tidak mengapa), saya percaya rakyat lebih pandai dan bijaksana. Harap kita semua dapat berikan pengajaran lagi sekali kepada mereka yang gila kuasa dan tak kisah mengenai keselamatan rakyat,” ciapnya.

Syahredzan Johan - Gambar fail
Syahredzan Johan - Gambar fail

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan pula berkata, UMNO sememangnya seperti tidak ambil peduli mengenai kesan bencana banjir terhadap rakyat asalkan meraih kuasa.

“Hujan, banjir, malapetaka? UMNO tak kesah. Yang penting KUASA! KUASA! KUASA!,” tulisnya.

Seorang pengguna dikenali sebagai @LebenSiddharth pula mengatakan tindakan UMNO itu seolah-olah menunjukkan parti terbabit  tidak meletakkan kebajikan rakyat sebagi perkara paling penting.

“Jadi kebajikan orang ramai tidak diberikan pertimbangan? Kelangsungan (politik) UMNO paling penting dan bukan rakyat? Baiklah kami (rakyat) tahu apa patut dilakukan bila PRU #UndiBanjir,” katanya.

Seorang netizen pula mengatakan ‘tidak ada lagi ‘pergaduhan’ antara parti. 

“Kini UMNO sedang berlawan dengan rakyat. Kami akan membuatkan anda tewas! #UndiBanjir,” komen seorang pengguna.

“Manusia mempunyai kuasa adalah mereka yang mementingkan diri sendiri #UndiBanjir,” coret seorang lagi netizen.

Pada masa sama, pengguna media sosial menyifatkan #UndiBanjir adalah kempen membawa matlamat sama seperti #UndiRabu yang diwujudkan pada 2018, iaitu menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap keputusan kerajaan.

Bezanya ketika itu, #UndiRabu diwujudkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU14 diadakan pada 9 Mei 2018, iaitu Rabu.

Keputusan di ‘luar norma kebiasaan’ yang selalunya menyaksikan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu bagi membolehkan rakyat lebih mudah pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi, menyebabkan kerajaan dikecam teruk.

Tindakan itu juga didakwa sebagai helah untuk mengelakkan kadar jumlah keluar mengundi yang ramai apabila rakyat di luar kawasan pengundian mereka, termasuk di luar negara sukar mengambil cuti atau pulang mengundi, sekali gus dianggap kelebihan kepada parti kerajaan untuk memenangi pilihan raya.

Ramai pemimpin negara telah menyuarakan bantahan PRU-15 diadakan ketika banjir. - Gambar fail
Ramai pemimpin negara telah menyuarakan bantahan PRU-15 diadakan ketika banjir. - Gambar fail

Natijahnya, keputusan itu turut ‘memakan diri’ apabila dianggap sebagai punca menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang buat pertama kali dalam sejarah, selepas 60 tahun memegang tampuk pemerintahan negara.

“Jadi UMNO tetap dengan pendirian #UndiBanjir. Kita dah pernah ajar puak mereka ini masa berkeras nak menyusahkan rakyat untuk balik tempat mengundi tengah-tengah minggu masa insiden #UndiRabu,” kata seorang pengguna.

“#UndiBanjir let’s go! Bring it on. Dah lupa ye #UndiRabu rakyat bersatu macam mana,” ciap @techsupremo.

“Saya masih ingat #UndiRabu, masa tu dekat universiti lagi, pelajar perlu cuti seminggu untuk balik mengundi, silibus tergendala, pensyarah perlu buat kelas hujung minggu. Sekarang #UndiBanjir haha,” komen seorang pengguna.

“Dulu UMNO game kita dengan #UndiRabu dan hasilnya rakyat menang. Kali ini UMNO cuba game kita lagi dengan #UndiBanjir, Takpa (tidak mengapa), kuasa rakyat pasti akan menang. UMNO jangan main-main dengan kemarahan rakyat,” kata @mrfirdausjailan.

Semalam, Mesyuarat MKT UMNO membuat beberapa ketetapan, termasuk pembubaran Parlimen dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Ahmad Maslan - Gambar oleh Azim Rahman
Ahmad Maslan - Gambar oleh Azim Rahman

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.

“Sehubungan itu, semua jentera parti di setiap peringkat adalah diarah untuk memuktamadkan segala persiapan sudan dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh PRU-15.

“UMNO percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi, maka sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk untuk memulihkan negara, khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, disamping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus lebih baik buat negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan kepada media selepas Mesyuarat MKT UMNO di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini. – Getaran, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

oleh Noel Achariam

Semasa 11 jam yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis