web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sangat Tak Sesuai Buat PRU-15 November’ - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 8:46PM

Tuan Ibrahim Tuan Mat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sangat tidak sesuai diadakan pada November ini, susulan negara dijangka menerima taburan hujan lebih daripada biasa pada waktu itu, sekali gus berisiko berlaku banjir.

Katanya, jangkaan terbabit dibuat agensi di bawah kementeriannya, iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“MET Malaysia menjangkakan seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pada pertengahan November ini negara akan terima taburan hujan lebih daripada biasa dan kadar banjir pun biasa mula. Kita berwaspada lebih awal risiko pada pertengahan November, kalau kita buat pilihan raya masa itu memang sangat tak sesuailah.

“Bila ada pihak kata banjir nanti nak turun juga, respon daripada orang ramai saya rasa kalau 1,000 bagi komen, 1,000 marah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman sidang media yang dimuat naik di Facebook, selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, Sungai Petani, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, terdapat tiga perkara perlu diambil kira sebelum bertindak mengadakan PRU-15 pada November ini, iaitu pertama mengenal pasti apakah keutamaan semasa, sama ada pilihan raya atau keselamatan.

Perkara kedua katanya, adakah bilangan anggota polis untuk menjaga peti undi, keselamatan dan rakyat ketika banjir nanti mencukupi.

Beliau berkata, perkara ketiga adakan PRU-15 boleh diadakan, sekiranya tempoh penggal Parlimen sudah tamat yang memerlukan pilihan raya diadakan November, namun dalam situasi ketika ini, kerajaan masih ada masa untuk mengadakannya pada tahun depan.

“Nabi kata jangan ambil keputusan yang menimbulkan mudarat, tinggal benda masalah kepada yang tiada masalah, kita ada masa.

“Tapi bagaimanapun (perkara) ini, Perdana Menteri akan buat keputusanlah, cuma Kabinet beri pandangan dan beliau akan buat keputusan,” katanya. – Getaran, 25 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan