web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Bertanggungjawab Siasat Punca Pelancong Pulau Perhentian Jatuh Sakit - MOTAC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 6:13PM

MOTAC memandang serius perkara yang melibatkan tahap keselamatan dan kesihatan pelancong sama ada domestik atau dari luar negara. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Agensi bertanggungjawab telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadian sekumpulan pelancong mengalami gejala pening, muntah serta demam selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian Kecil di Besut.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang dihubungi kementerian itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang isu yang berlaku. 

“Pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu memaklumkan bahawa pihaknya telah berkomunikasi dengan beberapa agensi di peringkat negeri seperti Pejabat Daerah Besut dan Pejabat Kesihatan Daerah Besut dan dimaklumkan bahawa agensi-agensi yang bertanggungjawab telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengenal pasti punca utama berlakunya kejadian tersebut,” menurut MOTAC.

Menurut kenyataan itu, MOTAC memandang serius perkara yang melibatkan tahap keselamatan dan kesihatan pelancong, sama ada domestik atau dari luar negara, dan kejadian seperti itu perlu ditangani secara tuntas bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memulihkan industri pelancongan negara dalam masa terdekat dapat dicapai.

Semalam, sebuah portal berita dalam talian melaporkan sekumpulan 40 orang pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit selepas berenang di perairan pulau itu. 

Menurut laporan tersebut, sebahagian mereka mengalami cirit-birit dan demam panas sejurus selepas pulang dan beberapa orang dimasukkan ke hospital, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar