web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Perkhidmatan Parlimen Dijangka Dibentang November Ini - Rais Yatim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 1:07PM

Menurut Dr Rais Yatim, RUU Perkhidmatan Parlimen yang disediakan termasuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 pada November ini.

Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mesyuarat khas berkenaan transformasi Parlimen yang dipengerusikan beliau telah diadakan di Blok Utama Parlimen Malaysia, semalam.

“Dalam mesyuarat tersebut dimaklumkan proses Transformasi Parlimen pada ketika ini sedang berjalan lancar. Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) sedang menyediakan Draf RUU Perkhidmatan Parlimen yang dipantau oleh Jawatankuasa Transformasi Parlimen dari semasa ke semasa.

“RUU Perkhidmatan Parlimen yang disediakan termasuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

Turut hadir pada mesyuarat itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah BHEUU, Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Syukor Mahmood dan pegawainya serta wakil Jabatan Peguam Negara.  - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar