web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen PH ‘Hilang’ Ketika Banjir Tapi Sibuk Kempen Politik - Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 4:30PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Johor yang tidak turun ke kawasan walaupun dilanda banjir baru-baru ini menggambarkan ‘kemunafikan’ nyata pembangkang, apabila memanipulasi isu banjir kerana takut Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang menolak PRU15 diadakan pada musim banjir, kononnya kerana mereka menggembleng tenaga bersama kerajaan bagi menghadapi kemungkinan banjir besar.

Bagaimanapun katanya, semasa banjir kilat berlaku, kelibat pemimpin pembangkang tidak kelihatan tetapi sibuk meneruskan kempen politik untuk menanamkan kebencian rakyat.

“Berkempen ke negeri dan daerah membawa ‘fomula auta’ terbaru meskipun tempoh kempen belum bermula, kembali menjaja fitnah penipuan seperti mereka lakukan pada PRU14.

“Rakyat tidak perlu pun membuat petisyen untuk menyatakan enough is enough kepada pembangkang bahawa mereka tidak boleh menipu dan memperdaya sekali lagi.

“Petisyen sebenar rakyat adalah menterjemahkan rasa meluat terhadap ‘kemunafikan’ pembangkang yang telah banyak merosakkan negara melalui peti undi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas beliau, rakyat sudah boleh membaca muslihat dan fitnah penipuan pembangkang yang membantah PRU15 diadakan segera kerana mereka memerlukan lebih masa sebagai ‘talian hayat’.

Ahmad Zahid dalam hantaran sama turut mengecam tindakan pembangkang kerana terus memainkan persepsi, kononnya hanya beliau yang mahu PRU15 diadakan sekarang.

“Propaganda sama mereka cuba membuat anggapan sebelum ini kononnya cuma saya yang tidak mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Kononnya hanya saya berpandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mentadbir negara dan wajar letak jawatan. Semuanya hanya Ahmad Zahid Hamidi, walhal kebenarannya adalah keputusan berkenaan adalah pendapat dan kehendak akar umbi yang diputuskan secara musyawarah,” katanya.

Pada masa sama beliau menegaskan, PRU15 perlu diadakan segera kerana majoriti masyarakat percaya tampuk pemerintahan yang stabil amat penting demi masa depan negara.

Katanya, bukan baru hari ini Barisan Nasional (BN) bersama rakyat meminta PRU15 diadakan, tetapi pembangkang berjaya melengah-lengahkan dengan pelbagai alasan dan manipulasi.

“PRU15 perlu diadakan untuk mengembalikan segera kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia yang terjejas teruk sejak 9 Mei 2018.

“PRU15 mustahak bagi membentuk sebuah kerajaan stabil, kukuh dan berdaya untuk membantu rakyat sekiranya banjir besar benar-benar berlaku hujung tahun, juga untuk membentuk sebuah kerajaan yang progresif bagi membentengi Malaysia daripada risiko kemelesetan ekonomi dunia yang diramalkan tahun depan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas Ahli Parlimen pembangkang yang didakwa tidak turun ke kawasan mereka walaupun terjejas banjir baru-baru ini.

Onn Hafiz dalam nada sinis mengatakan tidak melihat kelibat Ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir khususnya di Iskandar Puteri, Pulai dan Sri Gading.

“Sehari dua ini, banjir juga telah berlaku di Parlimen Iskandar Puteri, Pulai dan Sri Gading, namun kelibat Ahli Parlimen di kawasan-kawasan ini langsung tidak dirasai.

“Oleh itu, mungkin tidak menjadi masalah untuk PH dan pembangkang lain jika diadakan PRU semasa musim banjir. Mereka bukannya turun ke kawasan, walaupun berlaku banjir. Biasanya masa kempen pilihan raya umum (PRU) barulah mereka akan menjelma,” katanya.

Untuk rekod, Parlimen Pulai disandang Datuk Seri Salahuddin Ayub (AMANAH), Parlimen Iskandar Lim Kit Siang (DAP) dan Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh (PEJUANG).

Hujan lebat dan fenomena air pasang yang berlaku Ahad lalu menyaksikan beberapa lokasi di bandar raya Johor Bahru dinaiki air.

Beberapa kawasan di Pontian, Batu Pahat dan Muar pula menyaksikan hampir 200 penduduknya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad