web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peranan JKM Terus Diperkasa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 7:44AM

Muhyiddin hadir pada Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 JKM di Putrajaya, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta warga kerjanya terus diperkasa melalui pelaksanaan beberapa inisiatif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan bantuan kebajikan yang cekap dan mesra rakyat.

Perdana Menteri berkata antara inisiatif itu termasuklah penstrukturan semula JKM yang meliputi usaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan bantuan, penyelarasan perjawatan serta menambah baik pengagihan tugas.

Selain itu, katanya, pemberian elaun khas kepada warga kerja JKM yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Inisiatif lain termasuklah penggubalan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial bagi memastikan kebajikan para pekerja sosial terbela termasuk Pegawai Kebajikan Masyarakat supaya mereka diiktiraf mengikut kepakaran masing-masing, katanya.

Berucap di Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 JKM, di sini malam ini, Muhyiddin berkata JKM merupakan antara tonggak utama dalam mencorakkan hala tuju pembangunan sosial di negara.

"Warga JKM telah menzahirkan komitmen yang tinggi dalam menggalas tanggungjawab masing-masing demi menjaga kebajikan segenap lapisan masyarakat," katanya. 

Muhyiddin berkata sewaktu negara dilanda wabak COVID-19, JKM telah memainkan peranan yang penting terutamanya dalam menjayakan misi kemanusiaan dan kebajikan sosial dalam membantu usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak itu walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kekangan.

Ia termasuklah pengedaran bakul makanan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain JKM turut terlibat secara langsung dalam pengurusan aspek kebajikan di pusat-pusat kuarantin COVID-19 di seluruh negara.

Sebagai inisiatif tambahan untuk membantu dan menyantuni rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut giat menjalankan Program Kembara Prihatin Negara sejak November tahun lepas.

Melalui program itu, katanya, pelbagai bentuk bantuan diberikan termasuk keperluan harian dan sokongan sosial sehinggalah ke peringkat akar umbi bagi meringankan beban rakyat.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan menerusi Program Kembara Prihatin Negara adalah hasil sokongan padu dan sumbangan daripada sektor korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan penyertaan masyarakat setempat. 

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan anugerah Ikon Hero Jaket Kebangsaan kepada dua pegawai JKM iaitu Tuah Sajali dan Dayang Rugayah Awang Besar atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan khususnya semasa pandemik COVID-19.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dan timbalannya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad