web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Main Peranan Penting Gesa Penghapusan Senjata Nuklear

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 10:58AM

Korea Utara antara negara yang giat membangunkan dan menjalankan ujian senjata nuklear. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia terlibat aktif dalam usaha antarabangsa dalam  menggesa penghapusan menyeluruh senjata nuklear menerusi penyertaannya dalam ketiga-tiga persidangan antarabangsa utama mengenainya sejak 2013.

Komitmen negara yang tidak berbelah-bahagi terhadap pelucutan senjata nuklear, dibuktikan melalui penyertaannya dalam Persidangan Antara Kerajaan mengenai Kesan Senjata Nuklear ke atas Kemanusiaan, anjuran Norway di Oslo pada 2013, diikuti persidangan kedua dan ketiga di Nayarit, Mexico dan Vienna, Austria. setahun kemudian.

Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC) Hakim Hamzah, berkata pada persidangan pertama Kesan Senjata Nuklear ke atas Kemanusiaan yang berlangsung di Vienna pada Disember 2014, wakil daripada tiga parti politik berbeza dari Malaysia, hadir.

Ini jelas menunjukkan bahawa parti politik berbeza, yang mewakili pandangan rakyat Malaysia, sedar akan pentingnya untuk mengetahui impak serius penggunaan senjata nuklear.

“Diharapkan agar tidak kira parti politik di Malaysia yang mewakili kerajaan masa kini, rakyat Malaysia boleh menaruh keyakinan bahawa dasar Malaysia mengenai perkara berkaitan senjata nuklear kekal sama,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif baru-baru ini sempena ulang tahun kedua ratifikasi Perjanjian Larangan Senjata Nuklear (TPNW) Malaysia, pada 30 September 2020.

Malaysia ialah negara ke-46 yang meratifikasi perjanjian itu dan ini sendiri merupakan sumbangan yang sangat besar Malaysia untuk masyarakat antarabangsa ke arah penghapusan senjata nuklear, katanya sambil menambah sebagai rakyat Malaysia, beliau amat berbangga terhadap pendirian tegas negara dalam hal-hal berkaitan senjata nuklear.

 Mengikut ratifikasi TPNW, negara penandatangan dilarang menggunakan atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain. Mereka juga dilarang untuk membangunkan, menguji, menghasilkan, mengeluar atau memperoleh, memiliki atau menyimpannya.

 TPNW juga menetapkan negara anggota supaya bekerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian yang antara lain termasuk keperluan untuk menyediakan bantuan teknikal, material dan kewangan kepada negara yang terjejas oleh senjata nuklear.

Hakim berkata Pergerakan Bulan Sabit Merah/Palang Merah Antarabangsa telah menggesa pemansuhan senjata nuklear sejak September 1945 lagi, selepas peristiwa pengeboman atom di Hiroshima Jepun, dan menambah pertubuhan antarabangsa itu kerap menyeru  “larangan mutlak” senjata nuklear sejak itu.

Beliau berkata risiko konflik atau kemalangan nuklear sekarang lebih tinggi berbanding beberapa dekad lepas memandangkan masih terdapat negara yang berpegang kepada pendapat bahawa senjata nuklear ialah alat untuk memastikan keselamatan negara dan serantau serta perlu bagi mengekalkan keseimbangan geostrategik.

“Walaupun terdapat bukti bahawa risiko penggunaan senjata nuklear, sama ada secara sengaja, salah perkiraan atau secara tidak sengaja, semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini ke tahap tertinggi sejak Perang Dingin,” katanya.

Mengenai usaha BSMM mempromosi TPNW, beliau berkata ceramah menerusi Facebook MRC-ICRC (Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa) mengenai pemansuhan nuklear baru-baru ini menunjukkan belia, termasuk pelajar sekolah menengah berminat untuk mengetahui tentang TPNW dan pemansuhan nuklear.

Lebih 500 belia hadir pada ceramah dalam talian serta sesi interaktif bersama penceramah dari MRC dan ICRC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Wakil Parti Politik Hadir Sesi Libat Urus Pemansuhan Hukuman Mati

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Setiap Manusia Perlu Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup - PM

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Mansuh Hukuman Mati Mandatori Relevan, Hukuman Gantian Perlu Setimpal

4

Ekonomi 5 tahun yang lalu

Bayaran Bagi Permohonan i-Sinar Sedia Ada Bermula 2 Mac - KWSP

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad