web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mansuh Hukuman Mati Mandatori Relevan, Hukuman Gantian Perlu Setimpal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 3:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan memansuhkan hukuman mati di Malaysia adalah tindakan yang relevan untuk dilaksanakan.

Pakar Kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan berkata, keputusan itu wajar kerana memberi ruang kepada pihak pengadilan untuk mempertimbangkan hukuman alternatif, atau gantian yang lebih adil dan setimpal berdasarkan satu-satu kes.

“Kemungkinan juga ada di antara mereka yang ‘tidak bersalah’ boleh diselamatkan. Sebagai contoh di Amerika Syarikat (AS), sejak 1973, lebih 8,000 pesalah dijatuhi hukuman mati dan sekurang-kurangnya 182 didapati tidak bersalah.

“Banyak perdebatan menegaskan tidak semua sistem keadilan adalah adil dan telus. Kajian menunjukkan bahawa ‘abolitionists’ atau mereka yang pro kepada pemansuhan ini percaya bahawa hukuman mati adalah tidak berperikemanusiaan, kejam dan mengancam hak manusia,” katanya kepada Getaran.

Jelas Nazirah, adalah menjadi ‘hak’ tertuduh atau pelaku untuk diberi pembelaan adil, namun ia juga perlu mengambil kira keadaan mangsa dan keluarga mangsa.

Bagi sesetengah pihak katanya, pelaku jenayah kejam seperti rogol dan bunuh atau aktiviti pengganas yang menyebabkan kematian orang awam tidak layak sekadar dijatuhi hukuman penjara atau sebatan.

“Bagi kes seumpama ini, sesetengah pihak merasakan hukuman mati adalah relevan demi menuntut keadilan mangsa, keluarga mangsa dan melindungi masyarakat.

“Jadi pemansuhan hukuman mati mandatori ini bukanlah pemansuhan hukuman mati secara keseluruhan, biarpun ia boleh menjadi satu langkah kepada arah itu,” katanya.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

Bagaimanapun Nazirah berkata, penambahbaikan sistem keadilan jenayah bukan bergantung semata-mata kepada pemansuhan hukuman mati.

Katanya, terdapat tiga elemen dalam sistem keadilan jenayah iaitu penguatkuasaan, mahkamah dan pemulihan.

“Justeru, keadilan itu bermula dari fasa pencegahan, iaitu hak untuk rakyat Malaysia merasa selamat, dilindungi dan terhindar dari menjadi mangsa jenayah.

“Kemudian kepada fasa penguatkuasaan undang-undang, iaitu peranan pihak berkuasa untuk mengambil kira setiap aduan secara serius dan berintegriti,” katanya.

Fasa perbicaraan pula tambahnya, mencakupi ketelusan pihak bertanggungjawab untuk mengemukakan bukti dan mengambil kira ‘hak’ mangsa serta keluarga mangsa.

Malah Nazirah berkata, pemansuhan tersebut juga perlu seiring dengan penambahbaikan sistem pemenjaraan dalam menyediakan rawatan pemulihan lebih efektif.

“Selama pelaksanaan hukuman mati mandatori, hukuman mati dan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan tertentu, kes jenayah turut menunjukkan peningkatan saban tahun.

“Bagi sesetengah pihak, pemansuhan ini mungkin antara usaha ke arah penambahbaikan sistem keadilan jenayah, namun tidak menjamin kepada pencegahan dan pengurangan jenayah,” katanya.

Difahamkan lebih 1,000 banduan akhir sedang menanti pelaksanaan hukuman mati mandatori ketika ini.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pihaknya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.

Katanya, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad