web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 5:15PM

Mohamad Zulkifli Ismail ketika dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Selepas sekian lama merengkok di penjara, seorang peniaga warung dari Terengganu terlepas hukuman mati hari ini. 

Hukuman tersebut sebaliknya digantikan dengan penjara selama 35 tahun.

Sinar Harian melaporkan, keputusan berkenaan diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim dalam prosiding diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.

Dua lagi hakim terlibat dalam prosiding itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan. 

Mohamad Zulkifli Ismail, 59, dijatuhkan hukuman mati pada 27 Mei 2018 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah membunuh pencari besi, Zulkefle Abdullah, 37.

Kesalahan terbabit dilakukan di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kerteh pada 10.30 pagi 7 Disember 2015.

Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 25 Oktober 2021 namun mahkamah ketika itu memerintahkan supaya hukuman mati tersebut diteruskan.

Peguam Mazlan Mat Zain yang mewakili tertuduh berkata, fakta kes menunjukkan Zulkifli ialah mangsa kerana kejadian berkenaan berlaku di rumahnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norzilati Izhani Zainal@Zainol pada prosiding terbabit memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati berdasarkan fakta mangsa sudah melarikan diri, tetapi dikejar oleh tertuduh.

Hujah Norzilati, kejadian juga berlaku pada waktu siang, malah tertuduh turut menghalang orang awam daripada membantu mangsa walaupun mangsa meminta tolong.

Mangsa kemudiannya meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. 

Kes melibatkan tertuduh pernah tular di media sosial apabila ramai tampil mempertahankan tindakan Zulkifli yang dikatakan berbuat demikian kerana mahu melindungi diri daripada dirompak mangsa dan rakannya. - Getaran, 17 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 51 minit yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad