Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 9:29PM

Tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 17 Oktober 2017 dan disebat sebanyak 12 kal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Seorang lelaki warga Indonesia yang didapati bersalah membunuh teman wanitanya sebelum menyembunyikan mayat reput mangsa dalam beg pakaian, terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 35 tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mengetepikan hukuman yang dijatuhkan ke atas Ermiadi, 32.

Bagaimanapun, Tengku Maimum menolak rayuan Ermiadi terhadap sabitan selepas memutuskan bahawa ia adalah selamat.

Beliau mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 17 Oktober 2017 dan disebat sebanyak 12 kali.

Ermiadi dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2019 selepas didapati bersalah membunuh Romsari Sitanggang, 20-an, juga warga Indonesia, di sebuah rumah kedai di Jalan Maxwell, Pekan Rawang, Selangor di antara 6.46 pagi hingga 8 pagi 12 Oktober 2017.

Rayuan Ermiadi ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 19 Julai 2022.

Menurut fakta kes, Ermiadi membawa mangsa ke premis yang didiaminya dan pasangan itu menghabiskan masa bersama sebelum makan malam dengan rakan sekerja tertuduh.

Selepas itu, rakan sekerja tertuduh meninggalkan pasangan kekasih tersebut.

Dua hari kemudian, seorang penyelia restoran yang menyewa sebuah bilik di premis sama yang merupakan kedai judi dalam talian mengadu mengenai bau busuk di premis itu dan telah bersemuka dengan Ermiadi yang mendakwa ia berpunca daripada tikus yang mati di biliknya.

Penyelia restoran itu kemudian membuka pintu bilik Ermiadi dan melihat terdapat kesan darah di atas lantai dan sesuatu yang ditutup dengan selimut sebelum membuat laporan polis.

Polis yang bergegas ke lokasi itu menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan reput di dalam sebuah beg pakaian di bilik Ermiadi dan kamera litar tertutup di premis itu menunjukkan seorang lelaki telah menjerut leher seorang wanita sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa masuk ke dalam bilik.

Ermiadi ditahan beberapa hari selepas itu.

Tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng manakala Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee hadir bagi pihak pendakwaan. ~ BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi 

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad