web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wakil Parti Politik Hadir Sesi Libat Urus Pemansuhan Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 4:56PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sesi libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat dan wakil Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori telah diadakan di bangunan Parlimen semalam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan sesi libat urus itu adalah bagi membincangkan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan diperuntuk hukuman mati mandatori dan 23 kesalahan yang membawa hukuman mati dengan budi bicara mahkamah.

“Sebahagian daripada input serta pandangan Ahli Dewan Rakyat dan wakil yang hadir akan dilaksanakan dalam kajian lanjut fasa kedua pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori ini, antaranya merangkumi isu berkaitan pemenjaraan sepanjang hayat dan hukuman sebatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut dibincang semasa sesi itu ialah perkara dasar lain yang berbangkit antaranya status moratorium pelaksanaan hukuman mati terhadap 1,337 banduan yang telah dijatuhi hukuman mati.

Wan Junaidi berkata secara umumnya, Ahli Dewan Rakyat dan wakil parti politik yang hadir menyuarakan penghargaan kepada kerajaan atas kesungguhan menjayakan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Beliau berkata sesi libat urus itu merupakan satu permulaan baik ke arah memastikan pembentangan kesemua pindaan akta yang terlibat pada persidangan Parlimen Oktober ini berjalan lancar.

“Tindakan ini dilihat sebagai satu langkah positif dan progresif ke arah melaksanakan perubahan besar untuk polisi penghukuman di negara ini dan bagi memastikan penambahbaikan sistem perundangan serta keadilan Malaysia,” katanya.

Wan Junaidi berkata sesi libat urus itu turut dihadiri pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Penjara Malaysia.

Pada 8 Jun lepas, kerajaan secara prinsipnya bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan dasar itu memberi kesan kepada 11 kesalahan yang diperuntuk hukuman mati mandatori selain satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati dengan budi bicara mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad