web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setiap Manusia Perlu Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 5:02PM

Ismail Sabri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemansuhan hukuman mati bukan bermakna ia telah dihapuskan sama sekali, sebaliknya dijadikan sebagai pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman pilihan.

Sekali lagi menegaskan perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap manusia itu perlu diberi peluang kedua untuk hidup.

“Jadi hakim ada dua pilihan. Kalau dia rasakan orang itu memang penjenayah tegar, memang mengedar dadah yang menyebabkan beratus ribu orang mati, dihukum mati, boleh. Dia (hakim) dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman mati.

“Tetapi kalau dia rasa dari segi budi bicaranya dia kata nak beri hukuman (penjara) seumur hidup dengan sebat sekali, jadi dia boleh pinda hukuman mandatori itu kepada hukuman yang lebih ringan,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut beliau, tindakan itu memberi peluang kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman mati berkenaan.

“Jadi kita mendengar laporan baru ini dan kita pada dasarnya bersetuju tentang perkara tersebut, cuma ada beberapa pandangan daripada menteri undang-undang kita dan sebagainya supaya lebih diperkemaskan lagi.

“Kita bersetujulah supaya diberikan kepada pilihan, hukuman pilihan. Hukuman mati pun boleh atau kalau dia rasakan perlu hukuman lain, seumur hidup, sebat dan sebagainya jadi diberikan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara,” katanya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian, tertakluk kepada budi bicara mahkamah sebagai usaha menambah baik sistem keadilan jenayah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pihaknya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.

Katanya, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek