web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bacaan Kedua RUU ‘Anti-Stalking’ Dibentang Bulan Depan - Mas Ermieyati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 5:08PM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap dikenali sebagai ‘anti-stalking law’ akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata RUU tersebut antara yang terawal akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 (2022) tidak lama lagi.

Menurut beliau, RUU terlibat ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2022.

“Sehubungan itu, takwim baharu bagi sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 (2022) bagi Dewan Rakyat ialah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 (32 hari).

“Bagi Dewan Negara pula, ia bermula pada 21 November hingga 7 Disember 2022 iaitu selama 11 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, perubahan takwim kali ini bagi membolehkan pembentangan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan.

Pada Julai lalu, Mas Ermieyati memaklumkan RUU tersebut berada di peringkat perincian terakhir di Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, RUU yang bakal diperkenalkan itu dijangka mampu melindungi mangsa khususnya wanita, daripada gangguan secara realiti atau dalam talian.

“Dengan lulusnya RRU ini, ramai mangsa akan berani tampil ke hadapan selain ini hadiah buat mereka. Ini adalah sebahagian isu keselamatan yang kita boleh beri harapan kepada mangsa,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, tiga resolusi dicapai melalui persidangan sama melibatkan kluster kepimpinan, kluster perundangan dan kluster sosioekonomi.

“Resolusi ini akan diserahkan kepada kerajaan bagi menambah baik dasar dan pelaksanaan termasuk Belanjawan 2023,” katanya.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Wanita Perikatan Nasional (PN dihadiri oleh 75 wakil badan-badan bukan kerajaan dan organisasi termasuk individu profesional. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

MoU PH-BN Tidak Berperlembagaan, Bawa Kepada Pemerintahan Ala Diktator 

2

Politik 3 tahun yang lalu

Mas Ermieyati Calon PN Parlimen Masjid Tanah - Muhyiddin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Menghendap Secara Maya’ Berulang Kali Juga Satu Jenayah Dalam Pindaan Akta 574

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Anti-Stalking Law’ Jangka Dibentang Tahun Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar