web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MoU PH-BN Tidak Berperlembagaan, Bawa Kepada Pemerintahan Ala Diktator 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 5:08PM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengecam perjanjian persefahaman (MoU) yang memaksa Ahli Parlimen undi usul kepercayaan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, perjanjian yang ditandatangani dan dimeterai parti politik dalam kerajaan perpaduan semalam, disifatkan sebagai haram, tidak berperlembagaan dan akan membawa kepada pemerintah diktator.

Malah katanya, ia juga berbahaya dan tidak boleh dikuatkuasakan.

“Klausa 4 MoU itu menyatakan kesemua Ahli Parlimen wajib menyokong Perdana Menteri dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan PH-BN.

“Menurut Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi Parlimen berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Naib Ketua Srikandi BERSATU itu, parti pembangkang akan sentiasa menyokong sebarang ikhtiar untuk memastikan wujud kerajaan yang stabil, tetapi tidak dengan cara membelakangi Perlembagaan dan undang-undang. 

“Artkel 49A tidak boleh menyebabkan mana-mana kerusi dikosongkan atas alasan cara Ahli Parlimen mengundi. 

“Tidak ada apa-apa perkara seperti itu di dalam Artikel 49A. Ianya hanya merangkumi situasi di mana seseorang Ahli Parlimen tersebut meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli partinya,” katanya.

Parti pembangkang akan sentiasa menyokong sebarang ikhtiar untuk memastikan wujud kerajaan yang stabil, tetapi tidak dengan cara membelakangi Perlembagaan dan undang-undang. 

Beliau berkata, jawatankuasa pilihan khas menimbang rang undang-undang perlembagaan mengenai peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti pada 18 Julai 2022 menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mengundi mengikut arahan parti tidak akan hilang kerusinya di bawah Artikel 49A.

“Ini boleh didapati di dalam perenggan 21.4 laporan jawatankuasa pilihan tersebut. Tidak mungkin Anwar dan pimpinan UMNO tidak tahu berkenaan laporan jawatankuasa bipartisan ini.

“Jelas, mereka secara tidak jujur memilih untuk mengendahkannya dalam satu tindakan terdesak untuk menakutkan dan mengugut Ahli Parlimen mereka sendiri untuk menurut kehendak parti, walaupun ia membawa kepada kemudaratan terhadap demokrasi berparlimen,” katanya.

Mas Ermieyati yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, Perlembagaan Persekutuan serta laporan jawatankuasa pilihan khas ini adalah jelas.

Katanya, Anwar dan gabungan parti dalam kerajaan perpaduan tidak boleh bergantung kepada Artikel 49A untuk mengugut Ahli Parlimen untuk mengundi bagi menyokong beliau sebagai PM pada 19 Disember ini atau selepas itu dalam mana-mana rang undang-undang atau perkara berkaitan dengan kepercayaan.

Mas Ermieyati berkata Anwar Ibrahim dan gabungan parti dalam kerajaan perpaduan tidak boleh bergantung kepada Artikel 49A untuk mengugut Ahli Parlimen untuk mengundi bagi menyokong beliau sebagai PM pada 19 Disember ini atau selepas itu - Gambar Fail
Mas Ermieyati berkata Anwar Ibrahim dan gabungan parti dalam kerajaan perpaduan tidak boleh bergantung kepada Artikel 49A untuk mengugut Ahli Parlimen untuk mengundi bagi menyokong beliau sebagai PM pada 19 Disember ini atau selepas itu - Gambar Fail

“Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan mutlak kepada mana-mana Ahli Parlimen yang telah dipilih untuk mengundi sebagaimana beliau rasa betul demi kepentingan pengundi. Ini juga jelas dari keputusan dalam kes Mahkamah Agung, Datuk Ong Kee Hui v Sinyium Anak Mutit (1983) 1MLJ 36.

“Ugutan serta intimidasi yang dibuat melalui perjanjian MoU terhadap Ahli Parlimen dari parti kerajaan ini adalah satu permulaan kepada pemerintahan ala diktator. Despotisme jenis baru ini tidak pernah disaksikan sebelum ini dalam sejarah politik atau Parlimen Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Mas Ermieyati berkata, MoU yang dijana Anwar dan PH-BN ini akan disemadikan selamanya sebagai titik hitam di dalam sejarah negara dan tindakan subversif  terhadap demokrasi berparlimen serta struktur asas Perlembagaan.

Justeru, beliau menggesa semua Ahli Dewan Rakyat dari parti kerajaan untuk tidak berasa takut dalam menjalankan tanggungjawab mereka semata-mata kerana kewujudan perjanjian haram ini.

“Menurut Artikel 49A, Ahli Dewan Rakyat tidak akan hilang kerusi semata-mata kerana mengundi berdasarkan pertimbangan sendiri. Undilah menurut apa yang benar dan baik untuk negara ini dan rakyat, serta berdasarkan nurani (conscience).

“Ini adalah satu ancaman yang paling berbahaya terhadap demokrasi Malaysia sejak kebelakangan ini. Kami juga berharap semua Ahli Parlimen akan membuat satu pendirian yang berani terhadap despotisme baru ini,” katanya.

Semalam, empat gabungan politik memeterai perjanjian bersama PH bagi tujuan memperkukuhkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan dipimpin Anwar.

Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya.

Pada 25 November lalu, Anwar berkata, kerajaan perpaduan pimpinannya telah memperoleh majoriti dua pertiga melalui penyertaan GRS.

Jumlah kerusi diperlukan untuk mendapatkan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat adalah sebanyak 148 kerusi. - Getaran, 17 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad