web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Anti-Stalking Law’ Jangka Dibentang Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 9:55PM

Mas Ermieyati - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap dikenali sebagai ‘anti-stalking law dijangka’ akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, buat masa ini, RUU tersebut berada di peringkat perincian terakhir di Jabatan Peguam Negara.

“Saya akan buat taklimat bersama ahli-ahli Parlimen serta Senator pada minggu depan mengenai RUU tersebut.

“Kita akan berikan pemakluman dan status terkini juga dengan semua pemegang taruh yang terlibat. Ia dilihat seiring dengan RUU Anti Seksual, kalau dapat dibentangkan tahun ini saya akan gembira sekali,” katanya kepada media selepas Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022, di sini, hari ini.

Beliau berkata RUU yang bakal diperkenalkan itu dijangka mampu melindungi mangsa khususnya wanita, daripada gangguan secara realiti atau dalam talian.

“Dengan lulusnya RRU ini, ramai mangsa akan berani tampil ke hadapan selain ini hadiah buat mereka. Ini adalah sebahagian isu keselamatan yang kita boleh beri harapan kepada mangsa,” katanya.

Katanya, hasil daripada persidangan meja bulat yang berlangsung hari ini turut menggesa agar RUU berkaitan jenayah intip dan hendap itu dipercepatkan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, tiga resolusi dicapai melalui persidangan sama melibatkan kluster kepimpinan, kluster perundangan dan kluster sosioekonomi.

“Resolusi ini akan diserahkan kepada kerajaan bagi menambah baik dasar dan pelaksanaan termasuk Belanjawan 2023,” katanya.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Wanita Perikatan Nasional (PN dihadiri oleh 75 wakil badan-badan bukan kerajaan dan organisasi termasuk individu profesional. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad