web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Shafee Ketuai Permohonan Semakan, Pengurusan Kes SRC Najib Pada 21 Oktober

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 1:32PM

Muhammad Shafee Abdullah - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC), ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Persekutuan pada 21 Oktober.

Peguam bekas Perdana Menteri itu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes SRC yang lain, berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC dihadapi Najib, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

Pada awalnya, Hakim Mohamed Zaini bertanya kepada Muhammad Shafee sama ada beliau akan mengendalikan permohonan semakan Najib memandangkan firma guaman Tetuan Shafee & Co sebelum ini diberhentikan daripada mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya berhubung kes RM42 juta dana SRC.

“Ya, saya. Saya kembali semula selepas beberapa kesulitan, tetapi saya datang kembali,” katanya.

Hakim Mohamed Zaini menjawab: “Tidak sepatutnya anda pergi”, yang mengundang tawa di bilik mahkamah.

Pada 26 Julai lepas, Najib memberhentikan dengan serta-merta Tetuan Shafee & Co daripada mewakili beliau dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman bagi kes penyelewengan RM42 juta dana SRC dan melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam cara baharu.

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC berjumlah RM42 juta, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Najib menerusi Tetuan Shafee & Co pada 6 Sept memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Najib, 69, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

3

Semasa 3 hari yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

4

Semasa 3 hari yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

oleh Sophia Ahmad