web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Sudahlah Sarat Mengandung, Berhari Duduk Di Kerusi Hospital Sebab Wad Penuh’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 8:56PM

Menerusi sebuah coretan di media sosial, seorang wanita menceritakan anaknya terpaksa mencari wad kosong hampir seharian di empat buah hospital - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pendedahan seorang ibu meluah sedih dan marah di media sosial berhubung isu kelewatan penempatan wad bersalin dilalui anaknya yang hamil, baru-baru ini mengundang simpati serta perhatian warga maya.

Menerusi coretannya, wanita itu menceritakan anaknya terpaksa mencari wad kosong hampir seharian di empat buah hospital.

“Hati siapa yang tidak gundah, apabila orang disayangi, sarat hamil terpaksa duduk di atas kerusi menunggu untuk ditempatkan di wad penuh dengan ibu mengandung dan menunggu masa untuk bersalin.

“Anak perempuan saya yang mengandung anak kedua, bukan saja-saja nak pergi ke hospital untuk berdepan situasi memenatkan itu,” menurut sebahagian perkongsian wanita berkenaan.

Susulan luahan itu, beberapa pihak meminta supaya waktu menunggu yang terlalu lama untuk kemasukan ke wad bersalin di hospital kerajaan, perlu ditangani sebaik mungkin bagi memastikan urusan individu hamil lancar.

Malah, kerajaan digesa proaktif dalam usaha menangani isu terbabit, termasuk memperbanyakkan fasiliti bersalin berisiko rendah di luar premis hospital.

Mantan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mencadangkan kerajaan menggunakan kemudahan hospital swasta, sama ada fasiliti berkos rendah atau berkongsi kos dengan kemudahan pihak berkenaan.

Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar Fail
Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar Fail

“Kerajaan juga disyor menambah pusat bersalin dalam komuniti. Sekarang hampir semua kes bersalin, majoritinya akan gunakan perkhidmatan hospital kerajaan dan pasti sentiasa penuh sejak dulu. Ini mengakibatkan banyak kes wanita hamil bersalin di wad, atas katil dan atas kerusi hospital.

“Kerajaan perlu tambah banyak lagi hospital, termasuk fasiliti bersalin berisiko rendah di luar hospital bagi mengurangkan kesesakan,” cadangnya.

Sementara itu, pakar kesihatan komuniti, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, keadaan terbabit tidak bagus terhadap diri wanita hamil kerana ia mengganggu emosi dan menjejaskan kesihatan kandungan.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - Gambar Fail
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - Gambar Fail

Jelasnya, susulan keadaan itu, wanita hamil akan berada dalam kerisauan dan tertekan.

Namun, beliau berkata, adakala keadaan seseorang lewat mendapat penempatan di wad itu mungkin disebabkan beberapa kekangan tidak dapat dielakkan dan bukan semata-mata tiada kekosongan bilik. 

“Mungkin juga ada beberapa kekangan seperti kekurangan doktor pakar atau bekalan darah tidak mencukupi dan sebagainya,” katanya.

Dr Sharifa Ezat menegaskan, setiap kelewatan atau kekangan itu perlu dijelaskan kepada pesakit sendiri, termasuk keluarga mereka.

Katanya, penerangan jelas dan tepat pada waktu perlu dimaklumkan supaya keluarga serta pesakit memahami, selain lebih tenang dengan keadaan itu.

Namun, Dr Sharifa Ezat berpendapat, perkara itu tidak sepatutnya berlaku berdasarkan kecekapan pengurusan sesebuah hospital. 

“Semua protokol sudah ada, cuma mungkin mereka tidak mahu memberitahu pesakit atau mungkin tak nak ada pesakit mengambil tindakan saman dan sebagainya,” katanya. - Getaran 27 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Dinasihat Henti Kutuk Hospital, Lebih Baik Jaga Atuk 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Usah Buat Penilaian Moral, Prinsip Umum Pengurusan Pesakit Nilai, Rawat Penyakit

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Paparan Tular Cerun Runtuh Di Kuala Pilah Video Lama - Alexander

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penggunaan Katil Di Wad Bersalin Johor Masih Terkawal

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan