web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Dinasihat Henti Kutuk Hospital, Lebih Baik Jaga Atuk 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 9:38AM

Antara gambar keadaan hospital yang dikongsi menerusi X. gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita berkongsi keadaan di sebuah hospital kerajaan ketika datuknya yang sedang nazak menerima rawatan, mendapat kecaman warga siber.

Menerusi komen di aplikasi X, ramai yang meminta wanita terbabit memberi tumpuan kepada penjagaan datuknya dan bukan menjawab segala komen atau kecaman di media sosial.

"Atuk dia nazak, dia post keadaan hospital teruk. Nak create awareness katanya. Sekali ada reply yg tak sama pendapat or apologetic, diseranah nya yg reply tu, last2, buat thread bergaduh siap gali gambar lama org tu just to mengata.?.

"Atuk yg nazak tadi langsung dah lupa," komen @Monarkis2.

Beberapa warga siber turut memberi komen yang sama antaranya, Adipati Sastroe Abd Rahman menerusi akaun @duittonium yang menulis: "Itulah. Kesian atuk dia. Daripada dia buang energy bash org tak sependapat, baik lg dia tlg uruskan atuk dia".

Sementara itu, gebugebas menerusi @gebugebucinta pula meminta wanita terbabit berhenti bergaduh di X, sebaliknya 'mengaji' memandangkan keadaan datuk wanita itu sedang nazak.

"Banyak nau masa dia bergaduh di X. Atuk dah nazak , baik dia ngaji je," ciap gebugebas

Marina Gamba @marinagamba1909 pula menerusi komen berkata: "Kita tgk ok lertu, wall O2 suction, basic monitoring.

"Dah tua kan, ICU will triage/takde available bed. I think dia expect ICU settings tapi dapat acute bed spital kerajaan. Private pun sama ja cuma surroundings tu elok sikit".

Terdahulu Getaran melaporkan luahan kekecewaan wanita itu di X, dia yang menggunakan handle @anifaresailema berkata, datuknya berhak menerima rawatan di wad kelas pertama. 

“Im sorry but what is this hospital kerajaan? This looks super dodgy and sad. (Saya minta maaf tapi apa hal ni hospital kerajaan? Ia kelihatan sangat usang dan menyedihkan).

“My atuk tengah nazak and he use to be a government servant. He is entitled to get first class room but what did they say, ‘bilik penuh’. All his years as a kastam feels like nothing. Do better Msia (datuk saya sedang nazak dan dia ialah pesara kerajaan. Dia berhak menerima rawatan kelas pertama tapi diberitahu bilik penuh. Segala jasanya sebagai pegawai kastam seolah tidak bermakna. Tolong buat lebih baik Malaysia),” katanya menerusi ciapan.

Difahamkan, hospital dimaksudkan ialah Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, yang sememangnya bakal menjalani proses naik taraf bermula tahun ini, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM500 juta. - Getaran, 1 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Usah Buat Penilaian Moral, Prinsip Umum Pengurusan Pesakit Nilai, Rawat Penyakit

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Penamaan Calon Terkawal Dan Lancar Seluruh Negara - Bukit Aman

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Sudahlah Sarat Mengandung, Berhari Duduk Di Kerusi Hospital Sebab Wad Penuh’

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Buat 4 Tuntutan Palsu, Pembantu Operasi Hospital Kerajaan Didakwa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad