web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Penamaan Calon Terkawal Dan Lancar Seluruh Negara - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 3:32PM

Para penyokong di luar Pusat Penamaan Calon Parlimen Gombak - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berlangsung di seluruh negara hari ini berjalan lancar dan terkawal sekali gus menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam amalan demokrasi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata dalam tempoh itu tiada sebarang provokasi dikesan berlaku di semua pusat penamaan calon (PPC) seluruh negara.

“Alhamdulillah tidak ada sebarang tangkapan dan provokasi dikesan. Rakyat Malaysia matang dan penuh berdisiplin,” katanya kepada Bernama hari ini.

Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama mendapati keadaan di PPC Parlimen Batu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama terkawal dan tiada provokasi berlaku.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pemantauan mendapati kesemua penyokong parti yang hadir telah memberi kerjasama baik dengan mematuhi arahan ditetapkan.

“Sejak awal pagi, polis membuat sekatan jalan untuk mengelak penyokong daripada berhimpun serta menugaskan seramai 152 pegawai dan anggota di PPC bagi mengawal lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam,” katanya.

Situasi sama turut dilaporkan di dua PPC di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Parlimen Ampang dan Pandan.

Ketua Polis Daerah ACP Mohamad Farouk Eshak ketika ditemui mengesahkan perkara itu dan keadaan kekal tenteram  sehingga tamat proses penamaan calon pada 10 pagi seperti dijangkakan.

"Semua penyokong parti yang hadir tidak mencetuskan sebarang provokasi dan mengikut tatacara arahan pihak berkuasa.

"Polis akan mengekalkan momentum seperti ini sehingga hari pengundian awal, 15 November dan hari pengundian pada 19 November nanti," katanya. ketika ditemui di PPC Parlimen Ampang,  Dewan Dato Razali, di sini.

Di SELANGOR, tinjauan Bernama di Parlimen Sungai Buloh di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling juga tidak merekodkan sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata kerjasama baik telah diberikan dalam kalangan penyokong parti yang dianggarkan kira-kira 2,000 orang tanpa sebarang provokasi.

Katanya, sebanyak 27 pegawai dan 150 anggota polis telah ditempatkan di PPC tersebut bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad