web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usah Buat Penilaian Moral, Prinsip Umum Pengurusan Pesakit Nilai, Rawat Penyakit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menegaskan prinsip umum dalam pengurusan pesakit adalah ‘nilai dan rawat penyakit’ terlebih dahulu.

Justeru katanya, soal pakaian dan hal selain pengurusan pesakit adalah perkara yang tidak perlu diberi keutamaan.

“Kita tidak buat ‘moral judgement’ (penilaian moral) terhadap pesakit,” katanya kepada Getaran.

Beliau mengulas laporan media berhubung kes seorang individu berseluar pendek tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di Hospital Kampar, Perak baru-baru ini.

Ia insiden kedua selepas kes seorang wanita dihalang masuk ke balai polis untuk membuat laporan kerana pakaiannya tidak mengikut etika ditetapkan yang tular di media sosial sebelum ini.

Kejadian di hospital itu dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, selepas bercakap dengan rakan wanita berusia 21 tahun itu yang dihalang masuk kakitangan hospital berkenaan ketika dia dibawa ke jabatan kecemasan, susulan sakit perut teruk.

Memetik kenyataan individu dikenali Damian Chen itu, dia dan teman lelaki wanita terbabit membawanya ke bilik kecemasan Hospital Kampar, sebelum dihalang seorang pembantu perubatan.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Katanya, wanita terbabit sudah mengisi maklumat diri di kaunter pendaftaran apabila seorang pembantu perubatan didakwa berkata pemakaiannya adalah ‘tidak sopan’ kerana dirinya berpakaian seluar pendek, dan menyuruhnya menukar kepada seluar panjang.

Dia berkata, apabila lelaki itu tidak bersetuju dengan permintaan terbabit, mereka dimarahi kerana ‘berkasar’, selain dimaklumkan ia adalah peraturan hospital.

Malah, lelaki itu ada memberitahu bahawa mereka bertiga baru sahaja datang dari bermain badminton.

Mengulas lanjut, Dr Zainal Ariffin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) dan hospital terbabit harus menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Hospital dan fasiliti kesihatan memang ada peraturan tetapi strict (tegas) untuk orang awam dan pelawat.

“Prinsip umum untuk pengurusan pesakit iaitu nilai dan rawat penyakit dahulu. Soal pakaian dan lain-lain tidak perlu diberi keutamaan,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Hospital Kampar, Dr Khairul Azha Azam memaklumkan, pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan melakukan penambahbaikan bagi mengelak isu pemakaian sebagaimana yang tular di media sosial berulang.

Jelas beliau, dalam kes itu pesakit berkenaan telah pun diberikan rawatan sewajarnya.

Dr Khairul Azha berkata, pada masa sama, teguran dibuat terhadap pegawai terlibat agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menerusi satu kenyataan memaklumkan, secara prinsipnya setiap pesakit wajar diberi keutamaan rawatan tanpa mengira kaum, bangsa mahupun kod etika pakaian.

Beliau turut mengingatkan setiap pengamal perubatan agar menjaga etika mereka setelah mengangkat Sumpah Hippocratic.

“Sumpah Hippocratic diikrar oleh doktor dan pengamal perubatan termasuk kesediaan membantu pesakit sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM tidak menetapkan sebarang kod pemakaian untuk orang awam mahupun pesakit yang datang menerima rawatan di premis kesihatan kerajaan.

Katanya, isu pemakaian di hospital bukan isu berbangkit kerana perkara itu dianggap bukan kebimbangan utama.

“Pakaian tidak ada isu. Kalau kecemasan ataupun datang hospital tidak ada isu pakaian. Tetapi kalau kita nak pergi tempat-tempat agama contohnya masjid, kuil dan sebagainya... mungkin ada isu pemakaian.

“Tetapi di KKM bila ada kecemasan, pakaian bukan isu. Jadi kita telah pun membawa perkara ini, contohnya bila orang sakit datang ke hospital dia nak rawatan. Timbul sedikit kebimbangan yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

“Itu yang kita nak buat kajian ataupun penyiasatan. Teguran akan diberikan kalau ada perkara itu berlaku. Jadi sekarang ini, kita akan buat keputusan kalau perkara itu berlaku atau tidak tetapi pakaian bukan isu di hospital, klinik atau jabatan kesihatan,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Dinasihat Henti Kutuk Hospital, Lebih Baik Jaga Atuk 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Sudahlah Sarat Mengandung, Berhari Duduk Di Kerusi Hospital Sebab Wad Penuh’

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Buat 4 Tuntutan Palsu, Pembantu Operasi Hospital Kerajaan Didakwa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar