Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Paparan Tular Cerun Runtuh Di Kuala Pilah Video Lama - Alexander

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 7:14AM

Video tular yang memaparkan cerun runtuh di laluan FT 009 Seksyen 7.3 Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis, Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah rakaman lama - Gambar Facebook Alexander Nanta Linggi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Video tular yang memaparkan cerun runtuh di laluan FT 009 Seksyen 7.3 Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis, Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah rakaman lama.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, situasi itu juga bukan di Jalan Bukit Miku, sebaliknya di lokasi seperti dinyatakan.

“Semakan ke atas kes ini mendapati video berkenaan dirakam pengguna jalan raya pada awal kejadian runtuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengambil tindakan pantas pada 1 Disember lalu dengan menutup laluan jalan terjejas.

Katanya, laluan alternatif disediakan, iaitu Jalan Ulu Keru - Air Mawang kepada pengguna jalan raya yang menuju ke Tampin atau Kuala Pilah.

Alexander berkata, buat masa ini, jalan terjejas dengan runtuhan itu masih ditutup bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan JKR.

“Kerja pembaikan akan dimulakan pada Januari depan.

“Saya amat berterima kasih kepada pengguna jalan raya yang prihatin dan berkongsi kejadian ini bagi kebaikan serta keselamatan bersama,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis  (FT 009 Seksyen 7.3) ditutup pada 9 Disember lalu bermula jam 11.30 pagi, berikutan terdapat cerun runtuh di laluan berkenaan.

JKR menerusi kenyataan pada hari sama memaklumkan, sehubungan penutupan terbabit, pengguna jalan raya di mohon menggunakan laluan alternatif, iaitu Laluan N115 Jalan Ulu Keru–Air Mawang bagi meneruskan perjalanan. – Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi