web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 2:21PM

Bangunan di Gaza musnah akibat dibom tentera Israel. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan pengguna semua platform media sosial di negara ini supaya menjaga kesihatan mental dan emosi masing-masing ketika melayari berita serta gambar dari Gaza.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menasihatkan pengguna yang berasa terganggu dari segi mental dan emosi dengan gambar serta berita yang diterima dari Gaza supaya mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar.

"Waktu ini kita terima banyak berita yang agak hiba dan menyedihkan dari Gaza. Jadi aspek kesihatan mental juga perlu kita tingkatkan kerana kadangkala apa yang kita lihat dalam media sosial itu tidak ditapis.

"Seperti gambar kematian yang mungkin boleh meninggalkan kesan kepada kita apatah lagi golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis menjelang sambutan ke-50 tahun Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024 di sini, hari ini.

Fahmi berkata, secara jujur beliau sendiri turut terganggu terutama dalam minggu-minggu pertama serangan ke atas Gaza bulan lalu.

"Saya sendiri apabila buka Instagram, Facebook, Twitter (X) dan TikTok, saya pun tak boleh kawal emosi secara peribadi. la amat sedih tengok ibu mendakap anak yang telah meninggal dan jenazah dibawa keluar daripada runtuhan.

"Bila kita lihat (gambar seperti itu) ia akan meninggalkan kesan. Jadi, utamakan kesihatan mental, sekiranya merasakan (gambar dan berita Gaza) mengganggu emosi dapatkan perkhidmatan kaunseling daripada pakar," katanya.

Menurut Fahmi bagi beliau berita yang memberi kesan mendalam adalah apabila terdapat wartawan yang membuat liputan di Gaza terbunuh.

"Sangat dahsyat. Wartawan pun jadi mangsa," katanya.

Gaza mula menjadi perhatian dunia termasuk rakyat Malaysia apabila mula diserang rejim Zionis Israel pada 7 Oktober lalu.

Mengenai perkhidmatan 5G di hospital, beliau berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan kemudahan itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menghubungkan HKL dengan Institut Kesihatan Negara di Setia Alam, Selangor bagi membantu tugas pakar di kedua-dua fasiliti.

"Bagi kemudahan 5G di hospital swasta saya menggalakkan DNB dan syarikat telekomunikasi untuk mengadakan libat urus lebih lanjut. Maklumat mengenai kawasan yang mempunyai kemudahan 5G boleh dilihat di portal Jalinan Digital Negara (Jendela) di Jendela map," katanya.

Ditanya mengenai kad perakuan media Harakah yang ditarik balik, Fahmi berkata, sudah pasti Jabatan Penerangan ada sebab tersendiri dan penjelasan lanjut perlu dirujuk dengan jabatan itu.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihak Harakah boleh membuat rayuan kepada Jabatan Penerangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Politik 2 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad