Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 3:43PM

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kiri) hadir pada Majlis Pembukaan Seksyen 6 Dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara Ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di Plaza Tol WCE Assam Jawa hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka kepada pengguna bermula pada jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol juga diberikan bermula waktu sama tengah malam ini hingga 11.59 malam 2 Januari 2024, kepada pengguna lebuh raya yang memasuki laluan Seksyen 6 sepanjang 21.8 kilometer (km) dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya.

“Bagi pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Seksyen 5 iaitu dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya, akan dikenakan nilai kadar tol sedia ada mengikut jenis kelas kenderaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan laluan Seksyen 6 WCE, di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa di sini, hari ini.

Nanta berkata, pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kapar, Klang ke Assam Jawa, Ijok yang dijangka mengambil masa hanya 15 minit berbanding 45 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.  

“Pengurangan masa perjalanan selama 30 minit ini menjanjikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya.

“Selain itu, pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 ini akan memberi impak positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan, dengan destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan boleh diakses lebih mudah oleh pengunjung,” katanya.

Jelas Nanta lagi, pembukaan laluan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu serta mewujudkan peluang baharu untuk perniaga tempatan, sekali gus merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti.

Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE sudah dibuka pada 2019, membabitkan tiga seksyen di negeri Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang–Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir–Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas), manakala satu seksyen di Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan-Bandar Bukit Raja Utara).

Sementara itu, mengulas kenyataan keluarga Syed Asnan Sayed Mokhtar, 37, yang ingin menyaman kerajaan selepas lelaki tersebut maut dalam kemalangan jalan raya, Nanta berkata, ia adalah hak rakyat dan pihaknya sedang melaksanakan siasatan serta meneliti laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sabtu lalu, seorang kerani maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang sebelum terjatuh lalu digilis lori treler di lampu isyarat Batu 5, Jalan Meru, Klang dekat sini.

Dalam perkembangan lain, Nanta berkata, kementeriannya menerima lebih 4,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan setakat minggu lalu, dan orang ramai digalakkan terus menyalurkan maklumat supaya kerosakkan jalan raya dapat dibaik pulih.

Aplikasi MYJalan adalah platform bagi memudahkan pengguna membuat aduan dan semua jenis aduan jalan akan diterima, walaupun yang bukan diselenggara Kementerian Kerja Raya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

1,577 Cerun Berisiko Tinggi Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Menteri

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Laluan KM66 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak Terhalang Akibat Tanah Mendap

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Tiada Caj Tambahan, Hanya Bayar Ikut Kadar Tol Sebenar

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Cadangan PM Beri Ruang JKR Fokus Projek Infrastruktur Lebih Kompleks - Alexander

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar

Semasa 1 hari yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian