web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laluan KM66 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak Terhalang Akibat Tanah Mendap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 8:05AM

Tanah mendap di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak menngakibatkan laluan terhalang di lokasi berkenaan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -- Kejadian tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dan barat dekat Bentong telah mengakibatkan laluan di lokasi berkenaan terhalang.

Sehubungan itu, Lebuhraya Pantai Timur dalam catatan di laman Facebook meminta supaya pengguna dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke persimpangan Bentong Barat.

“Bagi pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan diarahkan keluar ke persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke persimpangan Bentong Timur,” menurut catatan itu yang telah dimuat naik malam tadi.

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan permukaan jalan berlubang besar akibat mendapan tanah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan beliau telah mengarahkan semua agensi dan syarikat konsesi terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Alexander Nanta Linggi - gambar fail
Alexander Nanta Linggi - gambar fail

“Saya ambil maklum kes jalan mendap yang berlaku di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang berlaku sebentar tadi. Saya telah mendapatkan maklumat daripada pegawai dan difahamkan kejadian berlaku sekitar 8.34 malam.  Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian mendapan tanah berlaku di KM 66.1 arah barat dan timur, antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur,” katanya.

Beliau berkata status terkini semua lorong arah timur dan barat ditutup dan pengguna menghala ke arah Kuantan atau Karak dinasihatkan keluar di Persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke lebuh raya di Persimpangan Bentong Timur. 

“Pengguna yang ingin menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) untuk ke Kota Bharu dibenarkan menggunakan Persimpangan CSR manakala pengguna ke arah Kuala Lumpur dinasihatkan keluar di Persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke lebuh raya di Persimpangan Bentong Barat. 

Trafik dalam keadaan terkawal. Saya telah mengarahkan jabatan dan agensi yang terlibat supaya memberikan saya kemas kini kejadian ini kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya. -- BERNAMA  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek