web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,577 Cerun Berisiko Tinggi Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 6:05PM

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika meninjau perkembangan kerja pembaikan jalan raya di KM117.8 hingga KM117.9 arah barat menghala ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) hari ini. gambar Facebook Alexander Nanta Linggi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Sebanyak 1,577 cerun berisiko tinggi dikenal pasti di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. 

Justeru, beliau berkata, Kementerian Kerja Raya akan membuat permohonan sebanyak RM17 juta menerusi belanjawan akan datang untuk pemasangan sistem amaran awal bagi memantau cerun terbabit. 

"Selain itu, kami di kementerian sentiasa bersiap siaga terutama menjelang musim monsun tidak lama lagi dan kita akan sentiasa tambah baik perkhidmatan berdasarkan pengalaman sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke lokasi kegagalan cerun tambakan di KM117 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini, hari ini. 

Nanta berkata, kerja-kerja pembaikan di kawasan tersebut yang dijadualkan mengambil masa 14 hari bermula 13 September lalu berjaya disiapkan lebih awal dan berikutan itu laluan KM117.8 hingga KM117.9 yang ditutup sebelum ini akan dibuka selewat-lewatnya pada 6 petang ini.

"Apa yang penting adalah keselesaan dan keselamatan pengguna, saya telah mengarahkan tindakan jangka masa panjang diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya. 

Pada 10 September lalu, laluan tersebut mengalami rekahan di permukaan jalan dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir. 

Pada perkembangan lain, Nanta berkata, sebanyak RM180 juta diperuntukan untuk membaiki jalan rosak di Pahang pada tahun ini. 

Selain itu, katanya, RM38 juta sudah diperuntukkan untuk kerja pembaikan 12 Jalan Persekutuan yang terjejas akibat banjir di Pahang dengan tiga daripada jalan itu sudah siap dibaiki, manakala bakinya masih dalam pembinaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad