web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil Di Wad Bersalin Johor Masih Terkawal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 6:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Penggunaan katil wad bersalin di hospital negeri ini masih dalam keadaan terkawal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon.

Beliau berkata secara keseluruhan untuk 11 hospital di Johor, kapasiti penggunaan katil obstetrik adalah 71 peratus melibatkan 521 katil obstetrik dan 82 katil bersalin.

“Bagaimanapun, enam hospital berpakar menunjukkan kapasiti penggunaan katil wad obstetrik adalah antara 83 peratus sehingga 127 peratus, berdasarkan katil rasmi operasi hospital berpakar ini iaitu antara 30 hingga 126 katil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Enam hospital berpakar itu ialah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru; Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar; Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang serta Hospital Segamat, kata beliau.

Justeru, Tian Soon berkata pelbagai langkah telah diambil, antaranya meletakkan katil tambahan di wad obstetrik bagi menampung pesakit yang berlebihan.

Selain itu, beliau berkata langkah lain termasuk menempatkan pesakit di wad lain (seperti wad ginekologi) dan membenarkan pesakit discaj awal, dengan pemerhatian sekurang-kurangnya enam jam selepas bersalin bagi kes tertentu jika didapati ibu serta bayi sihat.

Tian Soon berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, dua hari lepas mengenai kekurangan katil di wad bersalin hospital kerajaan.

Sebelum itu, Siti Zailah dilaporkan sebagai berkata kementeriannya memandang serius mengenai isu kekurangan katil di wad bersalin dan bercadang membawa isu tersebut ke mesyuarat Kabinet. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek