web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Ismail Sabri Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden UAE Di Abu Dhabi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 7:00AM

Ismail Sabri bertemu dengan Sheikh Mohamed selama 30 mini. - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Pertemuan selama 30 minit itu berlangsung di Istana Presiden di sini.

Ini adalah pertemuan kali pertama antara kedua-dua pemimpin sejak pelantikan Sheikh Mohamed sebagai Presiden UAE yang baharu pada 14 Mei.

Ismail Sabri tiba di ibu negara UAE semalam untuk lawatan kerja empat hari, lawatan kedua sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Menurut pegawai, kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan bilateral selama 40 tahun selain daripada bidang kerjasama yang baharu seperti sekuriti makanan, digitalisasi dalam pendidikan dan tenaga boleh diperbaharui.

Pada Selasa, Perdana Menteri dijadualkan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Ranhill Utilities dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC - MASDAR.

 Pada 2021, UAE adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

Bagi tahun 2021, nilai keseluruhan perdagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM22.29 bilion (US$5.38 bilion) berbanding RM20.65 bilion (US$4.93 bilion) pada 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia, UAE Jalin Kerjasama Pelaburan - PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Hormat Zhao Leji

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 51 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar