web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, UAE Jalin Kerjasama Pelaburan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 11:11AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan pada lawatan kerjanya ke UAE di Abu Dhabi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menjalinkan kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) pelaburan antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) dalam usaha meluaskan lagi hubungan sedia ada, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua negara juga meluluk (meneroka) ruang lingkup kerjasama berkaitan tenaga boleh baharu (TBB) antara MIDA dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC - MASDAR.

Menurutnya, MoU ini bertujuan membangunkan secara bersama kapasiti sebanyak 10 gigawatt bernilai US$8 bilion dalam sektor TBB di Malaysia menjelang 2025.

Anwar berkata, kesepaduan kerjasama Malaysia-UAE berkaitan perdagangan dan pelaburan turut diharmonikan dengan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja sebagai Pengerusi Malaysia-UAE Business Council (MUBC), manakala Naib Presiden Kanan Mubadala Energy, Rashid Alblooshi mewakili UAE.

“Insya-Allah, Malaysia dan UAE akan terus meneroka bentuk kerjasama dan hubungan yang lebih erat bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara,” katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Terdahulu, Anwar yang dalam lawatan kerja dua hari ke UAE bermula Khamis, telah diterima menghadap Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi di Istana Qasr Al Shati' di sini.

Beliau yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sesi itu adalah ruang lingkup bagi bertukar pandangan serta idea berkaitan isu glokal yang terkait, selain perbincangan untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan sedia ada.

“(Ini) khasnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, TBB, keselamatan makanan dan lain-lain yang memenuhi visi kedua-dua negara untuk masa depan yang mampan dan makmur,” katanya yang tiba di sini pada 5 pagi Khamis (9 pagi waktu Malaysia).

Selain bertemu dengan Sheikh Mohamed, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelaburan UAE, Mohamed Hassan Al Suwaidi.

Perdana Menteri juga mengadakan sesi tidak rasmi dengan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Lulu Group International, M. A. Yusuff Ali; Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan dan CEO Kumpulan Mubadala, Khaldoon Al Mubarak.

Anwar turut menghadiri persidangan meja bulat bersama barisan pemimpin industri di UAE. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad