Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Unsur ‘Ngeri’ Sindiket Tipu Pekerjaan Perlu Disebar, Tingkat Kesedaran Orang Ramai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Unsur ‘mengerikan’ yang dibawa sindiket penipuan pekerjaan perlu diuar-uarkan agar ia berupaya menyuntik rasa takut dalam kalangan orang ramai.

Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM), Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di luar negara harus memainkan peranan untuk menyiarkan realiti sebenar yang berlaku menerusi pembikinan dokumentari atau siri khas.

Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim
Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim

Menurut beliau, pihak berkenaan juga boleh menyiarkan wawancara bersama mangsa yang berjaya diselamatkan atau keluarga mereka.

“Sebarang rancangan khas berkisarkan perkara sebenar yang berlaku kepada mangsa sindiket penipuan ini lazimnya akan menerima promosi meluas.

“Cara ini berupaya mengingatkan orang ramai dan meningkatkan kesedaran kerana paparan di televisyen berupaya menarik minat mereka,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Shahul menyatakan demikian ketika mengulas mengenai sindiket penipuan pekerjaan, yang dilihat semakin berani memperdaya mangsa secara terbuka.

Jelas beliau, sudah tiba masanya kerajaan menimbangkan tindakan khusus terhadap agensi atau sebarang pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung memperdaya mangsa.

“Ini adalah satu penganiayaan yang amat zalim. Kita dapat lihat bagaimana mangsa diseksa, bahkan ada yang menemui ajal apabila gagal mencapai sasaran ditetapkan atau tidak berjaya melaksanakan tugasan diberi.

“Saya sarankan sesiapa sahaja yang ingin melakukan perjalanan ke negara luar agar memaklumkan kepada Wisma Putra dan kedutaan Malaysia terlebih dahulu, khususnya jika mereka ke sana atas tawaran untuk melakukan sebarang pekerjaan,” ujarnya.

Cara itu jelas beliau, mampu membantu mereka segera dijejaki pihak berkuasa jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Periksa dahulu adakah negara tersebut benar-benar menawarkan pekerjaan sedemikian seperti yang diberitahu? Lihat dan semak perkara ini betul atau tidak, wujud atau tidak,” tambahnya.

Shahul menarik perhatian, kebanyakan mangsa terpedaya kerana tertarik dengan gaji lumayan ditawarkan, justeru kenaikan paras gaji minimum pada kadar yang lebih munasabah perlu dipertimbang.

“Sebenarnya boleh sahaja kadar gaji minimum itu dipertimbang, mereka (kerajaan) kena kajilah semula supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Pendapat saya anggaran gaji minimum yang munasabah sekarang ialah antara RM2,000 ke RM2,500,” ujarnya.

Mengulas perkara sama, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, penerimaan tawaran kerja di luar negara itu adalah hak individu.

Kamal Affandi Hashim
Kamal Affandi Hashim

“Kita tidak boleh halang rakyat untuk ke luar negara kecuali apabila nama mereka berada dalam sekatan perjalanan disebabkan hutang dan lain-lain,” katanya.

Susulan senario, beliau menggesa media untuk memainkan isu ini dengan lebih kerap dalam platform mereka.

“Saya harap mereka dapat ketengahkan isu ini setiap minggu, namun pada masa sama, harus diingat, mangsa atau keluarga jangan sesekali mengambil kesempatan atas usaha kerajaan membantu membawa pulang mangsa ke tanah air.

“Bagi yang sengaja mengambil kesempatan atas ihsan kerajaan yang sering tampil membantu dengan membuat pelbagai tuntutan atau desakan, anda sedang membazirkan peluang dan membahayakan nyawa orang lain. Ada mangsa yang kehilangan nyawa akibat sindiket penipuan ini,” tegasnya.

Baru-baru ini Getaran melaporkan, lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air.

Setakat ini, 48 rakyat Malaysia masing-masing 16 di Thailand, 27 di Laos dan lima di Myanmar berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa masih menjejaki 94 lagi, dengan info menyatakan 12 daripada mereka masih berada di Thailand, 28 di Laos dan 54 di Myanmar. - Getaran, 27 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Terpedaya Dengan Scammer - Perdana Menteri 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penipuan Pekerjaan: Kemboja Mohon Maklumat Disalur Melalui PDRM, Kedutaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sindiket Kerja Antarabangsa: 6 Lagi Rakyat Malaysia Pulang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

7 Lagi Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Pekerjaan Diselamatkan

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Politik 10 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Politik 2 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok