web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Kerja Antarabangsa: 6 Lagi Rakyat Malaysia Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 8:07PM

Wisma Putra - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di sempadan Thailand-Myanmar, selamat tiba di tanah air hari ini.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.55 pagi menerusi penerbangan Thai Airways.

Kementerian Luar menerusi kenyataan berkata, semua mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kementerian merakamkan penghargaan kepada pihak PDRM atas tindakan pantas dan proaktif dalam mengesan serta menyelamatkan mangsa, menerusi kerjasama erat kementerian ini dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.  

“Malah, kementerian merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand yang sentiasa memberikan kerjasama dan keutamaan dalam membantu kerajaan Malaysia, menyelamatkan mangsa sindiket ini.  

“Kementerian juga merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang yang menghulurkan bantuan dalam membantu urusan membawa pulang mangsa,” menurutnya.

Kenyataan sama memaklumkan, sehingga semalam, pihaknya menerima 488 laporan melibatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah sindiket ini di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.  

“Daripada bilangan tersebut, seramai 359 orang berjaya diselamatkan, dengan 331 dibawa pulang ke Malaysia dan 28 masih berada di depoh tahanan, bagi membantu proses siasatan serta urusan dokumentasi di negara berkenaan sebelum dibenarkan pulang.

“Statistik mangsa sindiket diselamatkan setakat ini ialah 227 di Kemboja, manakala di Laos (61), Thailand (38) dan Myanmar (33),” katanya.

Menerusi kenyataan sama, kementerian itu memaklumkan, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di negara berkenaan dan dengan kerjasama erat PDRM, akan terus meningkatkan usaha menjejaki 129 mangsa yang dilaporkan masih belum dikesan.  

“Ini melibatkan kes di Myanmar membabitkan 91 kes, Laos (29), Thailand (8) dan Kemboja (1).

“Kementerian turut mengharapkan bantuan dan kerjasama orang ramai untuk sentiasa cakna dengan isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara,” katanya.

Menurutnya, mangsa atau ahli keluarga disyaki terjebak dalam sindiket kegiatan jenayah ini, diminta melaporkan kepada pihak PDRM dan kementerian dengan segera.

“Mangsa atau waris boleh melaporkan dan menyampaikan maklumat berkaitan kepada kementerian melalui emel [email protected],” katanya. - Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar