web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penipuan Pekerjaan: Kemboja Mohon Maklumat Disalur Melalui PDRM, Kedutaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 8:20PM

Sebarang maklumat yang disalurkan NGO kepada pihak berkuasa negara berkenaan tidak akan dilayan sama sekali mulai hari ini kerana dikhuatiri mengganggu usaha menyelamat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pihak berkuasa Kemboja memohon agar maklumat mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di negara itu disalurkan kepada Kedutaan Malaysia di sana atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata sebarang maklumat yang disalurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada pihak berkuasa negara berkenaan tidak akan dilayan sama sekali mulai hari ini kerana dikhuatiri mengganggu usaha menyelamat.

Beliau berkata persetujuan berkenaan dicapai hasil perbincangan pihak berkuasa Kemboja dengan rombongan lawatan empat hari delegasi PDRM dan Kementerian Luar ke Kemboja yang diketuainya bermula 24 Jan lepas.

"Melalui perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja didapati maklumat yang disalurkan oleh NGO telah mengganggu proses menyelamat kerana mangsa telah dibawa lari oleh sindiket," katanya dalam sidang media bersama lima mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di Kemboja yang diselamatkan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Protokol dan Konsular Kementerian Luar Mohd Aini Atan.

Sementara itu Abd Jalil berkata hasil pertemuan dan perbincangannya dengan pihak berkuasa Kemboja juga mendapati sesetengah dakwaan pihak NGO mengenai keadaan mangsa, adalah tidak berasas.

"Video mangsa sindiket didera dan dipaksa memakan daging babi tidak melibatkan rakyat Malaysia. Video berkenaan sengaja disebarkan oleh anggota sindiket untuk menakut-nakutkan waris mangsa agar mereka membayar wang untuk membebaskan anak atau anggota keluarga mereka itu," katanya.

Selain itu katanya tidak semua individu yang diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia merupakan mangsa sindiket kerana ada kes individu sengaja mendakwa sebagai mangsa untuk lari daripada hutang akibat berjudi, malah ada yang kembali bekerja di Kemboja selepas ‘diselamatkan’.

Sehubungan itu beliau menasihatkan NGO agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu bagi mengelak ia mengeruhkan hubungan antara dua negara. 

Sementara itu Abd Jalil berkata sehingga semalam, PDRM telah menerima 262 laporan polis melibatkan 330 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja yang terkandas di luar negara dengan 218 orang telah diselamatkan, dan usaha membawa pulang bakinya sedang giat dilaksanakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar