web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2024 2:52PM

Rusuhan di Bangladesh sehingga kini telah meragut 39 nyawa - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua penuntut Malaysia yang terkesan dengan rusuhan di Bangladesh telah dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi atas faktor keselamatan.

Jurucakap Kementerian Luar berkata, kementerian itu dan pihak suruhanjaya turut menimbangkan pelbagai pilihan, termasuk evakuasi jika keadaan memaksa.

Menurut beliau, pihaknya memahami kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan ahli-ahli keluarga mereka di negara berkenaan. 

“Kementerian ini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi serta agensi lain yang berkaitan dalam usaha untuk membantu pelajar Malaysia di Bangladesh.

“Semua pelajar Malaysia diminta agar berhubung dan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia,” katanya.

Jelas jurucakap itu, Bilik Operasi juga telah dibuka di Kementerian dan boleh dihubungi di nombor telefon +603-8887 4570 atau emel [email protected].

Beliau memberi ingatan, semua rakyat Malaysia di Bangladesh turut diminta berhati-hati dengan mana-mana individu yang kononnya boleh menjanjikan pelbagai bantuan. 

“Lakukan semakan dengan menghubungi Bilik Operasi. Kementerian Luar juga menggesa sema rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh untuk mengelakkan kawasan protes, kekal berwaspada, dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan selaras dengan perintah berkurung yang sedang berkuatkuasa. 

“Kementerian ini memantau rapat situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Bangladesh dicemari rusuhan dan keganasan sejak awal minggu ini, selepas kumpulan pelajar yang melakukan tunjuk perasaan diserang aktivis Liga Chhatra Bangladesh (BCL) iaitu sayap pelajar Parti Liga Awami pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Ia memaksa kerajaan mengarahkan penutupan semua universiti pada Rabu, namun tidak diendahkan sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang.

AFP melaporkan, pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa setakat ini meragut 39 nyawa, dengan 32 daripadanya dilaporkan terbunuh Khamis lalu. - Getaran, 21 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Keluarga Harap Urusan Evakuasi Pelajar Malaysia Di Bangladesh Disegerakan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pertempuran Sudan: Semua Rakyat Malaysia Selamat, Kementerian Luar Pantau Situasi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi: Wisma Putra Tampil Buat Penjelasan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad