web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAC Setuju Mulakan Prosiding Perolehan OPV: APMM, KDN Perlu Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 5:27PM

Wong Kah Woh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding berhubung perolehan Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, menerusi perbincangan berhubung perkara berkenaan, pihaknya berpendapat bahawa kerajaan, iaitu APMM dan KDN perlu memberikan penjelasan kepada Parlimen melalui jawatankuasa berkenaan.

Katanya, ia bagi memastikan rakyat mengetahui sebab sebenar kelewatan itu berlaku.

“Maka, adalah amat wajar untuk PAC mengadakan prosiding berhubung isu ini selaras dengan punca kuasa Jawatankuasa ini di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang jelas menyebut '...apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa...',” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kah Woh berkata, PAC juga akan menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 83(2) serta Perkara 11(b) Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1982 Organisasi-organisasi Kementerian Jabatan Perdana Menteri dalam mengendalikan prosiding itu.

“PAC akan memanggil KDN dan APMM bagi memberikan penjelasan dan Kementerian Kewangan (MOF), selain syarikat diberikan kontrak untuk membina kapal OPV ini.

“Tarikh dan masa prosiding akan ditetapkan serta diumum dalam tempoh terdekat,” katanya. - Getaran, 26 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad