Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Institusi Perbankan Laksana 5 Pencegahan Tambahan Perangi Penipuan Kewangan - BNM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 12:44PM

Nor Shamsiah Mohd Yunus - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan di negara ini akan melaksanakan lima langkah pencegahan tambahan bagi memerangi penipuan kewangan, termasuk beralih daripada penggunaan kata laluan sekali sahaja yang berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengesahan lebih selamat .

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, langkah kedua adalah mengetatkan lagi peraturan pengesanan dan pencetus bagi menyekat transaksi berkaitan dengan penipuan kewangan.

Ketiga, katanya, institusi perbankan menetapkan tempoh bertenang untuk pendaftaran perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat buat kali pertama.

“Selain itu, pelanggan akan dihadkan kepada satu peranti mudah alih atau peranti selamat untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian.

“Manakala langkah kelima, bank-bank akan dikehendaki mewujudkan talian penting khusus untuk penipuan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pameran Jenayah Kewangan secara maya di sini, hari ini.

Acara dianjurkan Muzium dan Galeri Seni BNM itu dirasmikan Nor Shamsiah bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Nor Shamsiah berkata, BNM bersama dengan industri kewangan akan terus memastikan saluran perbankan dan pembayaran kekal selamat serta dilengkapi kawalan keselamatan terkini.

“Usaha membanteras jenayah kewangan juga memerlukan sokongan semua pihak.

“Sebagai pengguna, setiap daripada kita bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada ancaman penipuan kewangan.

“Harapan kami adalah supaya Pameran Jenayah Kewangan ini dapat membantu usaha mendidik orang ramai untuk melindungi diri daripada penipuan kewangan,” katanya.

Jelasnya, BNM juga akan terus menguar-uarkan maklumat terkini berkenaan dengan penipuan kewangan melalui laman Facebook Amaran Scam iaitu, facebook.com/amaranpenipuan.

Pameran terbabit bertujuan mendidik orang ramai mengenai penipuan kewangan dan ia boleh diakses melalui museum.bnm.gov.my/fce/bm.

Menerusi pameran itu, orang ramai boleh mengetahui pelbagai jenis jenayah kewangan yang lazim di Malaysia dan evolusinya mengikut peredaran masa.

Orang ramai boleh membuat simulasi mengenai senario penipuan kewangan melalui ciri interaktif ditawarkan di pameran itu.

Malah, dengan pelbagai bahan pameran, orang ramai akan mengetahui strategi Soal, Sekat dan Sebar (3S) untuk melindungi diri serta orang lain daripada menjadi mangsa.

Mengulas lanjut mengenai usaha memerangi penipuan kewangan, Nor Shamsiah berkata, institusi juga dikehendaki menyelaras langkah pemulihan dana dan kawalan, termasuk bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan kerugian kewangan mangsa scam seterusnya tidak berlaku.

“Institusi kewangan turut dikehendaki menyediakan cara mudah untuk pelanggan menggantung atau ‘suspend’ akaun bank sekiranya akaun mereka disyaki terlibat dengan scam, kemudiannya mengaktifkan semula akaun tersebut dalam tempoh masa munasabah selepas pengesahan dibuat,” katanya.

Menurut Nor Shamsiah, berita kes penipuan dan jenayah sering dipaparkan di Malaysia dan global kebelakangan ini amat membimbangkan.

BNM, katanya, memandang serius perkara itu, terutama kes membabitkan penipuan kewangan atau ‘financial scam’.

Justeru, beliau berkata, BNM terus meningkatkan usaha dan kerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan bagi menangani jenayah terbabit.

“Antara inisiatif dilaksanakan ialah mengambil langkah pencegahan berterusan; melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bersepadu dan lebih berkesan serta meningkatkan tahap kesedaran orang ramai untuk sama-sama membanteras jenayah penipuan kewangan ini.

“Bank dikehendaki memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi, terutamanya bagi perkhidmatan perbankan Internet dan mudah alih,” katanya. – Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

2

Semasa 3 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter