web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI

Jejak Pahlawan, 1 Lagi Gajah Putih Di Kuala Lumpur?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:21PM

Jejak Pahlawan merupakan sebahagian daripada projek mengindahkan semula Jejak Warisan 5 (HT5), bertujuan menonjolkan khazanah budaya dan sejarah Kuala Lumpur - Gambar oleh Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebuah projek jutaan ringgit yang dibangunkan di antara persimpangan ikonik ibu negara menimbulkan persoalan, apabila gagal menepati objektif iaitu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Dikenali sebagai Jejak Pahlawan dan dilancarkan pada 1 Mac oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, ia merupakan sebahagian daripada projek mengindahkan semula Jejak Warisan 5 (HT5), bertujuan menonjolkan khazanah budaya dan sejarah Kuala Lumpur.

Pada 2018, HT5 dilaporkan bakal menelan belanja RM26 juta dan siap pada tahun itu juga, namun menurut Mahadi Che Ngah seperti dilaporkan Star Property, projek tersebut tertangguh kerana masalah dengan kontraktor asal

Semasa pelancaran, Shahidan berkata, Jejak Pahlawan akan menjadi tarikan dan menyemarakkan sektor pelancongan di kawasan itu. Ia juga dijangka membantu peniaga kecil tempatan.

Pada 2018, HT5 dilaporkan bakal menelan belanja RM26 juta dan siap pada tahun itu juga.

Bagaimanapun menurut Datuk Mahadi Che Ngah seperti dilaporkan Star Property, projek tersebut tertangguh kerana masalah dengan kontraktor asal.

Dilaporkan juga bahawa projek tersebut dimulakan pada 3 Februari 2016 dan dijadualkan siap pada 31 Januari 2017.

Ketika itu, Mahadi ialah Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beliau kini menyandang portfolio Datuk Bandar.

Projek berkenaan mengguna pakai kawasan kosong di Bulatan Datuk Onn dan diubah kepada laluan kecil, yang sepatutnya memiliki bangku kecil, air pancut dan lorong menghala ke gerai penjaja di Dataran Merdeka, manakala sebuah lagi laluan pejalan kaki bawah tanah akan menghubungkan Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Salahuddin.

Projek berkenaan mengguna pakai kawasan kosong di Bulatan Datuk Onn dan diubah kepada laluan kecil, yang sepatutnya memiliki bangku kecil, air pancut dan lorong menghala ke gerai penjaja di Dataran Merdeka, manakala sebuah lagi laluan pejalan kaki bawah tanah akan menghubungkan Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Salahuddin

Bagaimanapun, rekaan projek itu meraih perhatian ramai, begitu juga lokasi sama ada ia mampu menarik kehadiran pelancong.

Bahagian paling membingungkan pada rekaan itu ialah jambatan besi yang menyeberangi laluan tersebut.

Menurut sumber, jambatan tersebut dibina untuk kenderaan bermotor, menghubungi Jalan Parlimen dan Jalan Tun Perak.

Siasatan oleh The Vibes mendapati, jambatan besi itu kini dilatari dengan rekaan dan pokok hiasan untuk kegunaan orang ramai.

Jambatan besi yang menyeberangi laluan tersebut dibina untuk kenderaan bermotor, menghubungi Jalan Parlimen dan Jalan Tun Perak
Jambatan besi yang menyeberangi laluan tersebut dibina untuk kenderaan bermotor, menghubungi Jalan Parlimen dan Jalan Tun Perak
Jambatan besi itu kini dilatari dengan rekaan dan pokok hiasan untuk kegunaan orang ramai
Jambatan besi itu kini dilatari dengan rekaan dan pokok hiasan untuk kegunaan orang ramai

Pemeriksaan lanjut mendapati hanya terdapat dua tangga besi di dalam laluan tersebut yang bersambung dengan jambatan tersebut.

Plan 3D projek menunjukkan bahawa laluan itu direka sebagai galeri jalanan.

Jambatan terbabit tidak termasuk dalam plan 3D projek terbabit.

Laluan itu juga terdedah kepada banjir kerana asas binaannya menggunakan batu dan konkrit
Laluan itu juga terdedah kepada banjir kerana asas binaannya menggunakan batu dan konkrit

Perlu diingat bahawa satu laluan konkrit, iaitu Jalan Kinabalu, dibina di atas Bulatan Dato Onn.

Laluan itu juga terdedah kepada banjir kerana asas binaannya menggunakan batu dan konkrit. - The Vibes, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad