web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Bincang Bidang Berpotensi Diteroka Dalam Lawatan Ke UAE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 11:52AM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berbincang mengenai bidang berpotensi untuk diteroka melalui kerjasama Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam lawatan kerja beliau ke negara berkenaan bermula hari ini.

Kementerian Luar memaklumkan, lawatan itu bertujuan mengukuhkan kerjasama yang lama terjalin dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan UAE.

Maklumnya, sempena lawatan selama empat hari itu, Perdana Menteri dijadual bertemu Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Istana Presiden, Abu Dhabi.

“Antara bidang tumpuan baharu adalah ekonomi digital, keselamatan makanan, pendigitalan pendidikan, tenaga boleh diperbaharui serta penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5 tahun.

“Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama serta ummah,” menurut kenyataan kementerian itu.

Katanya, ia adalah pertemuan pertama antara Perdana Menteri dengan pemimpin baharu UAE, berikutan pelantikan Sheikh Mohamed Zayed sebagai Presiden UAE pada 14 Mei 2022.

Menurut kenyataan sama, Ismail Sabri juga akan melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

Fokus utama lawatan ke syarikat itu, katanya, adalah berkaitan prospek kerjasama antara ADNOC dan PETRONAS dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui.

“Perdana Menteri akan diiringi Timbalan Menteri Luar dan pegawai kanan kerajaan.

“Lawatan ini jelas penting untuk meningkat dan mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama antara Malaysia dengan UAE,” katanya.

Pada tahun 2021, UAE adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

Malah, pada tahun sama, jumlah perdagangan Malaysia dengan UAE meningkat 7.9 peratus kepada RM22.29 bilion (USD5.38 bilion) daripada RM20.65 bilion (USD4.93 bilion) pada 2020.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika lawatannya ke negara sama semalam berkata, Malaysia dan UAE sepakat untuk meneroka kerjasama bagi memperkasa industri pertahanan.

Jelasnya, kesepakatan itu dicapai hasil pertemuan bersama Sheikh Mohamed Zayed dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan UAE, Mohammed Ahmed Al Bowardi.

Bagi mencerminkan kesungguhan usaha itu, katanya, delegasi Malaysia turut dibawa melawat Edge Group, iaitu konglomerat 25 syarikat milik kerajaan UAE yang menyediakan persenjataan tentera dan teknologi berkaitan. - Getaran, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Negara 4 Hari

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad