web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Lelaki Ragut Rantai Emas Penunggang Motosikal Tular, Suspek Giat Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 10:57AM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan suspek meragut rantai mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan lelaki yang bertindak meragut rantai leher seorang penunggang motosikal di kawasan Setapak Jaya di sini, baru-baru ini, setelah video kejadian itu viral di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa sudah membuat laporan polis pada 20 September lalu berhubung insiden terbabit.

“Pada 23 September lalu jam 11.50 pagi, terkesan satu video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter (nanmanjoi8715) yang memaparkan satu lelaki bertindak meragut rantai leher mangsa di tepi jalan.

“Pada 20 September, mangsa membuat laporan polis dan memaklumkan, rantai lehernya diragut ketika sedang membeli makanan di Setapak Jaya. Suspek datang dari arah hadapan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna biru-hitam,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, suspek ketika kejadian memakai topi keledar merah dan berbaju t lengan panjang berwarna gelap.

Susulan laporan katanya, satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (samun tanpa senjata api).

“(Jika sabit kesalahan) yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan dalam usaha mengesan suspek,” katanya.

Pada masa sama, Ashari memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian itu agar tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi 45 saat itu memaparkan mangsa memberhentikan motosikal di hadapan sebuah premis makanan dan berbual dengan seorang individu.

Secara tiba-tiba, suspek menghampiri mangsa dan terus merentap rantai leher miliknya sebelum meluru pergi.

Video dimuat naik pada jam 10.29 pagi kelmarin itu, menerima 1,238 tontonan setakat ini. - Getaran, 25 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar