Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


DNB, 4 Syarikat Telco Tandatangani Perjanjian Akses 5G Akhir Bulan ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 8:03PM

Perjanjian capaian rangkaian 5G antara empat syarikat telekomunikasi dan Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka ditandatangani menjelang akhir bulan ini. Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjanjian capaian rangkaian 5G antara empat syarikat telekomunikasi dan Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka ditandatangani menjelang akhir bulan ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, perbincangan dengan Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd berjalan lancar.

Malah beliau berharap perjanjian capaian itu dapat dimuktamadkan dan ditandatangani selewat-lewatnya pada 30 September ini.

Dalam satu kenyataan, Anuar berkata, penyertaan dalam tawaran ekuiti DNB adalah di peringkat akhir membabitkan empat syarikat telekomunikasi yang sama.

Menurut beliau, bagi memudahkan proses penyertaan ekuiti dalam DNB, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengemas kini beberapa syarat lesen ke atas DNB khususnya yang berkaitan dengan syarat pemilikan pegangan syarikat.

Ini memandangkan struktur syarikat bukan lagi 100 peratus milik kerajaan, sebaliknya saham majoriti bakal dimiliki oleh beberapa syarikat telekomunikasi yang bersetuju, katanya.

“Sebagai pemegang saham dan pelabur, sudah tentu mereka wajar dipertimbangkan terma-terma yang meyakinkan dan menjamin daya maju syarikat di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan infrastuktur 5G telah menunjukkan hasil yang positif setelah hampir setahun pembangunan rangkaian borong tunggal (SWN) dijalankan oleh DNB.

Menurutnya lebih 2,100 tapak 5G telah beroperasi dan liputan 5G telah mencecah 33 peratus liputan di kawasan berpenduduk di lapan buah negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga penghujung Ogos 2022.

"Dijangkakan sasaran 36 peratus liputan pada penghujung 2022 akan dapat dicapai dan seterusnya memberi keyakinan bahawa sasaran 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk pada penghujung 2024 mampu direalisasikan," katanya.

Jelas beliau lagi, kerajaan di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) memutuskan supaya pelaksanaan 5G dibuat menerusi SWN dan dibangunkan oleh DNB, dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyokong penuh dasar itu.

Beliau berkata MCMC telah memberi DNB lesen-lesen yang berkenaan untuk tempoh 10 tahun sehingga 2031 serta memperuntukkan spektrum khusus 5G yang telah dikenal pasti, dan hanya spektrum yang ditetapkan sahaja dibenarkan untuk perkhidmatan 5G komersial oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Dalam menangani cabaran pelaksanaan 5G, beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui MCMC dan juga DNB telah secara aktif mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkuasa negeri, kerajaan tempatan dan pemegang taruh yang berkenaan.

"Menerusi sesi libat urus ini, isu-isu dasar telah dapat ditangani segera dan pelaksanaan rangkaian telah dapat dipermudahkan," katanya.

Mengenai penawaran perkhidmatan runcit 5G oleh syarikat telekomunikasi, Annuar berkata setakat ini, YTL Communications dengan perkhidmatan YES telah mendahului syarikat lain dalam menawarkan perkhidmatan komersial kepada pengguna.

“Celcom pula melalui program Friendly User Trial sudah mula membuka akses 5G kepada pengguna mereka yang terpilih bagi menguji perkhidmatan 5G dan ini juga satu perkembangan yang positif. 

"Diharapkan syarikat yang berhasrat menawarkan khidmat runcit 5G dapat menyegerakan tindakan masing-masing," katanya. – The Vibes, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Direman 4 Hari

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Sukan 1 hari yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah